Assalamulaikum,
Hari ini merupakan Hari Jumaat. Di Kedah merupakan hari cuti. Seminggu sudah saya menjalani latihan mengajar di Sekolah Menengah Teknik Alor Star. Sejenak saya terfikir, ianya mengenang sejenak kenangan saya ketika saya duduk di asrama. Disini sekolah ini, saya dilantik oleh pihak sekolah sebagai Warden dan saya juga menginap di asrama. Wau...satu perkara yang saya tidak pernah pikir dalam hidup saya. Saya masih ingat ketika saya tingkatan 4, saya selalu memperlekehkan tugas warden di asrama.(ketika itu pikiran saya masih cetek), sekarang saya adalah WARDEN!!!!!
Sepanjang pemerhatian seminggu saya di asrama ini, pelajar-pelajar sini bolehlah dikatakan baik. Ini kerana sekolah teknik ini adalah antara sekolah teknik terbaik di Malaysia, jadi pelajar-pelajar disini adalah cerdik..Saya berdepan dengan pelajar yang mempunyai akal yang cerdik tetapi nakal....susah untuk dijangka....
Namun begitu saya akan cuba yang terbaik untuk jalankan tanggungjawab ini. Saya akan menggunakan pengalaman saya sebagai bekas pelajar asrama selama 7 tahun..Insyallah, saya akan jadi sebagai warden yang mesra pelajar...)
p/s...teringat cikgu radzi
Aku, Warden, dan ..........
Friday, January 16, 2009
Posted by cikgu_sipil at 8:20 AM 1 comments
Yahudi VS Islam ?
Wednesday, January 14, 2009
Assalaumulaikum...
Sejak 20 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.
Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada20 00.org/Powerful- Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).
Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya) . Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam. Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's) , Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia. Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universi ti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan. Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.
p/s...Mari doakan sahabat-sahabat kita di Palestin sana..
Posted by cikgu_sipil at 1:40 PM 0 comments
Perspektif ku...
Wednesday, January 7, 2009
Assalamulaikum....
Salam tahun baru hijrah dan masihi kepada seluruh sahabat-sahabat sekian. Setelah sekian lamanya saya tidak mengupdate blog, akhirnya saya berjaya juga menulis dalam tahun baru ini.
Ya, tahun baru, seharusnya azam dan semangat yang baru. Bagaimana dengan sahabat sekian? Dalam tahun ini, Insyallah, akan terdapat beberapa perubahan yang akan saya ketengahkan untuk dikongsi bersama. Dengan nama yang baru, "My Perspective" atau perspektif ku, akan saya ketengahkan lagi pandangan dan pendapat saya dalam pelbagai isu dan masalah. Selain itu, saya lebih suka jika kita lebih berkongsi dan bertukar-tukar idea dan ilmu agar ianya dapat berkembang, Insyallah.
Selain itu, saya awal-awal lagi ingin meminta maaf jika saya agak lama untuk menulis dalam blog ini kerana saya akan bermula latihan mengajar saya di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Kedah bermula 11hb Januari ini. Jika di sana tidak mempunyai masalah dengan internet, Insyaallah saya akan sentiasa menulis, tetapi jika tidak, masalah tersebut tidak dapat saya elakkan. Namun begitu, ianya tidak akan mematahkan semanagat saya untuk menulis, insyallah, jika ada masa, saya akan cuba curi-curi untuk postkan blog ini.
Sekian sahaja untuk hari ini. Doakan saya untuk latihan mengajar saya nanti. Doakan juga agar perjalanan saya ke Kedah selamat, Insyaallah. Sampai sini sahaja.
Wassalam....
p/s...Mari doakan saudara dan sahabat kita di Palestin....
Posted by cikgu_sipil at 8:10 AM 0 comments
Perjalanan Yang Jauh
Tuesday, December 16, 2008
Asssalamulaikum...
Sudah berbulan saya tidak menulis dalam blog saya ini. Malah sepanjang sebulan ini juga saya tidak langsung menjenguk dan melihat blog saya ini. Mengapa? Saya juga tidak tahu. Banyak yang berlaku sepanjang saya tidak menulis. Banyak juga peristiwa-peristiwa yang menyebabkan saya berhenti seketika untuk menulis. Namun begitu, bukan kerana saya ingin berhenti daripada menulis. Saya cuma ingin berehat. Yeah, saya perlukan rehat yang secukupnya.
Sebenarnya saya ada sesuatu untuk tahun baru yang mendatang. Pasti dalam keadaan baru dan berubah. Dalam perancangan saya, banyak perkara yang saya ingin lakukan tahun depan. Tunggulah..
Saya rasa cukuplah buat hari ini. Sekian....
Posted by cikgu_sipil at 5:57 PM 1 comments
Tazkirah Jumaat
Friday, November 7, 2008
Assalamulaikum....
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat..Wallahualam.
p/s..minggu final...
Posted by cikgu_sipil at 1:53 PM 2 comments
Pakej Ibadah Qurban & Aqiqah Untuk Anak Yatim & Penduduk di Aceh, Indonesia.
Saturday, November 1, 2008
Assalamulaikum...
Pada tahun 2004, satu gempa bumi yang besar telah berlaku di Lautan Hindi, berhampiran Aceh, Indonesia mengakibatkan berlakunyaombak besar Tsunami yang melanda kawasan-kawasan pantai di selatan Asia, Sumatera Utara, Thailand dan Malaysia. Gempa bumi sekuat 9.0 skala Ritcher ini berlaku pada jam 8.58 pagi (waktu Malaysia) telah mengakibatkan satu trauma yang sangat mendalam kepada mangsa-mangsa yang terselamat terutamanya kanak-kanak.
Atas dasar prihatin sahabat saya, pada 13 April 2007 sebuah organisasi yang trdiri daripada 20 orang pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah ditubuh dan dinamakan Sekretariat Ad-Hoc Sinar D'Aceh 2007 dan hasilnya satu program bakti siswa sulung diadakan di luar negara iaitu di Nanggroe Aceh Darussalam, Indonesia. Secara keseluruhannya, program tersebut telah berjaya berjalan dengan lancar.
Menjelang Aidiladha yang akan datang, pihak Sekretariat dengan kerjasama pejabat HEP UTHM sekali lagi akan menganjurkan SINAR D'ACEH 2 2008 bagi meneruskan usaha-usaha membantu mangsa-mangsa Tsunami tersebut.
Sehubungan dengan itu, saya mewakili sahabat saya yang telah berusaha keras dan ikhlas dalam membantu mereka yang memerlukan ingin membuka peluang kepada seluruh rakyat Malysia untuk bersama-sama meringankan beban mreka dengan menyertai PAKEJ IBADAH QURBAN & AQIQAH UNTUK ANAK YATIM & PENDUDUK DI ACEH, INDONESIA.
Saya berharap sahabat-sahabat saya yang berminat boleh terus menghubungi saya ataupun sahabat saya iaitu Saudara Kamil untuk mendapatkan maklumat lanjut. Semoga usaha yang kita lakukan ini akan diterima Allah, Insyallah.
Untuk makluman pakej Aqiqah sila klik pada gambar diatas.
Untuk makluman bagaimana dan cara untuk menderma dan membantu, sila hubungi
Saudara Mohd Kamil Bin Ahmad Tajuddin
alkammil@gmail.com
0137599745
ataupun anda boleh menghantar komen dalam blog ini.
Posted by cikgu_sipil at 1:50 PM 0 comments
Kerana Wanita Ingin Dimengerti...
Thursday, October 30, 2008
Assalamulaikum...
Selama ini kita kaum lelaki hanya ingin perempuan untuk memahami kita tanpa ingin memahami hati dan perasaan mereka. Akibat dari kejahilan ini, berlakulah keretakan dan kedinginan sebuah hubungan. Untuk lelaki sekian, saya hendak kongsikan tips untuk memahami hati dan perasaan seorang wanita.Saya peroleh tips ini dari seorang sahabat perempuan saya. Semoga dapat manfaat....hehehe
1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.(yeke...?)
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!(susah ni...!)
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!(patutla)
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
p/s...suka dengar lagu ada band "kerana wanita ingin dimengerti"
Posted by cikgu_sipil at 11:25 PM 2 comments