Ramadhan: Ibu,Ummi,Emak,Mama

Sunday, September 21, 2008


Assalamulaikum....

Sepanjang kita hidup ini berapa kalikah kita cium, meminta maaf, melawat, menziarah dan menelefon ibu kita? Mengapa saya kata begitu? Kerana perkara sebeginilah kita sering anggap remeh dan ringan. Saya juga begitu. Bila kita rasa susah dan tidak tenang barulah kita teringat ibu kita dirumah. Bila senang, ramai rakan-rakan disekeliling kita, teman wanita, wang dan kekayaan, ibu kita dilupakan. Ya, ramai yang berkata, "Eh, aku sayang ibu aku","Mana ada, walaupun aku jarang bertemu dengan ibu aku, tapi aku ingat tau","Mama aku sportingla,bab-bab macam ni tak kisahlah dia ","Alah,karang bila raya, aku baliklah kampung,minta maaf",...itu baru sekadar beberapa kata-kata tetapi lupakah kita bahawa hati seorang ibu sangat sensitif dan lembut...Kata-kata sedemikian, akan menyebabkan hati dan perasaan ibu kita terguris. Siapa tahu hati seorang ibu yang sedih dan kecil hati terhadap anaknya berdoa atau berkata sesuatu yang tidak baik terhadap anaknya, nescaya setiap kata-kata ibu adalah makbul sahabatku..

Cuba kita fikir, mengapa bila sesuatu yang tidak elok berlaku kepada kita? Adakah kita menyakiti hati ibu kita? Memang ada segelintir pembaca yang tidak berapa setuju dengan pendapat saya, tetapi ingatlah setiap apa yang berlaku mesti ada sebabnya. Memang perkara sebegini tidak pernah kita ambil tahu, tetapi ingatlah sahabatku, mungkin kita pernah melukai hati ibu kita. Janganlah kita begitu yakin yang kita tidak pernah membuatkan ibu kita sedih dan menangis, jangan kita hendak samakan kejahatan seorang anak seperti si tanggang cukuplah sekadar kita berkata "ah!" sekalipun sudah membuatkan ibu kita terguris...

Para sahabat, kata-kata saya ini bukanlah menyatakan saya adalah anak yang baik dan soleh, tetapi sekadar mengingatkan diri saya sahaja. Saya banyak membuat dosa kepada ibu saya. Berapa banyak air mata ibu saya jatuh atas kedegilan saya dan kejahatan saya yang lampau. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang barakah ini, marilah kita mendoakan kesejahteraan buat ibu kita semoga ibu kita sihat,dimurahkan rezeki,dapat melakukan amalan dengan sempurna dan sebagainya. Ingatlah, bahawa tidak akan putus amalan anak adam selagi dia mempunyai doa dari anak-anaknya yang soleh dan solehah...

p/s...ALfatihah buat ibu-ibu yang sudah kembali kerahmatullah....

1 comments:

Anonymous said...

slm cikgu din, tahniah...hampir setiap hari cikgu postkan artikel n pmikiran baru ckgu kat blog ni... alhamdulillah, istiqamah...

harap2 ckgi dapat truskn pkara yang baik ni, no matter it viewed by the people or not, but you've been doing the glorious thing... n satu lagi cdgn saya, kalau boleh buat duplicate blog cikgu, isi yang sama, tapi dgn mggunakan web address yang agak mudah,cthnya cikgudin.blogspot ke, din.blogspot ke... sbb saiffuddeen.blogspot tu agak susah untuk dihafal, hehe, jangan marah ek, skdr cdgn sahaja...