Pakej Ibadah Qurban & Aqiqah Untuk Anak Yatim & Penduduk di Aceh, Indonesia.

Saturday, November 1, 2008



Assalamulaikum...

Pada tahun 2004, satu gempa bumi yang besar telah berlaku di Lautan Hindi, berhampiran Aceh, Indonesia mengakibatkan berlakunyaombak besar Tsunami yang melanda kawasan-kawasan pantai di selatan Asia, Sumatera Utara, Thailand dan Malaysia. Gempa bumi sekuat 9.0 skala Ritcher ini berlaku pada jam 8.58 pagi (waktu Malaysia) telah mengakibatkan satu trauma yang sangat mendalam kepada mangsa-mangsa yang terselamat terutamanya kanak-kanak.

Atas dasar prihatin sahabat saya, pada 13 April 2007 sebuah organisasi yang trdiri daripada 20 orang pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah ditubuh dan dinamakan Sekretariat Ad-Hoc Sinar D'Aceh 2007 dan hasilnya satu program bakti siswa sulung diadakan di luar negara iaitu di Nanggroe Aceh Darussalam, Indonesia. Secara keseluruhannya, program tersebut telah berjaya berjalan dengan lancar.

Menjelang Aidiladha yang akan datang, pihak Sekretariat dengan kerjasama pejabat HEP UTHM sekali lagi akan menganjurkan SINAR D'ACEH 2 2008 bagi meneruskan usaha-usaha membantu mangsa-mangsa Tsunami tersebut.

Sehubungan dengan itu, saya mewakili sahabat saya yang telah berusaha keras dan ikhlas dalam membantu mereka yang memerlukan ingin membuka peluang kepada seluruh rakyat Malysia untuk bersama-sama meringankan beban mreka dengan menyertai PAKEJ IBADAH QURBAN & AQIQAH UNTUK ANAK YATIM & PENDUDUK DI ACEH, INDONESIA.

Saya berharap sahabat-sahabat saya yang berminat boleh terus menghubungi saya ataupun sahabat saya iaitu Saudara Kamil untuk mendapatkan maklumat lanjut. Semoga usaha yang kita lakukan ini akan diterima Allah, Insyallah.


Untuk makluman pakej Aqiqah sila klik pada gambar diatas.
Untuk makluman bagaimana dan cara untuk menderma dan membantu, sila hubungi

Saudara Mohd Kamil Bin Ahmad Tajuddin
alkammil@gmail.com
0137599745

ataupun anda boleh menghantar komen dalam blog ini.

0 comments: