Kemenangan Anuar, kemenangan rakyat?

Wednesday, August 27, 2008




Assalamulaikum...

Genap 10 malam 26 Ogos 2008 di Institut Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang, pengumuman kemenangan Dato’ Seri Anuar Ibrahim (DSAI) menjadi satu sejarah baru dalam politik Malaysia yang masuk 51 Tahun mencapai kemerdekaan pada akhir bulan ini. Ramai yang mejangkakan kemenangan DSAI dalam pilihanraya kecil ini. Memang ramai pemerhati merasakan kemenangan DSAI adalah disebabkan rakyat mahukan perubahan yang drastik terhadap pemerintahan tertinggi negara. Bagi mereka (yang menyokong DSAI), kemenangan DSAI adalah satu langkah permulaan kearah pemerintahan kerajaan yang baru dibawah DSAI. Segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada beliau tidak sesekali menjejaskan peluang beliau untuk memduduki kerusi parlimen. Malah tidak mustahil dengan kemenangan besar ini menjadi titik tolak DSAI ke kerusi No 1 di Putrajaya iaitu kerusi Perdana Menteri Malaysia keenam.


Saya melihat situasi ini sebagai situasi yang agak kritikal buat Barisan Nasional terutamanya kepimpinan tetinggi UMNO. Adalah suatu yang tidak kena kepada UMNO selepas pilihanraya umum yang ke 12 hari itu. Kelemahan kepimpinan Dato’ Seri Abdullah Badawi, krisis harga minyak, kadar inflasi yang tinggi, rasuah politik dalam UMNO, masalah dalaman UMNO, masalah dalaman antara parti komponen BN, penyelewangan kewangan negara, skandal Najib dan Atantunya, kes liwat DSAI dan macam-macam lagi meyebabkan Pak Lah dan ahli kabinet yang lain gagal untuk mengatasi secara baik.

Apa yang saya perhatikan bahawa kemenangan Pakatan Rakyat bukan kerana mereka kuat dalam sokongan ahlinya tetapi rakyat memikirkan bahawa Pakatan Rakyat mempunyai opsyen yang lebih baik kearah menjaga kebajikan rakyat dan negara. Memang terdapat masalah dikalangan DAP, PAS dan PKR namun mereka bijak menggunakan peluang dan strategi politik yang bijak bagi menguasai parlimen. Perkara ini tidak berlaku dalam BN. Mereka ternyata menggunakan strategi yang salah dan tidak relevan dalam keadaan dan masa sekarang. Seperkara lagi yang penting, UMNO ataupun BN gagal menarik sokongan akar umbi dimana mereka yang akan mencorakkan sosiopolitik pada masa sekarang. Mahasisiwa, belia, dan pertubuhan NGO adalah golongan yang paling penting dalam pembentukan sosiopolitik sekarang. Namun UMNO dan komponen dalam BN tidak menggunakan peranan mereka dalam mengekalkan sokongan mereka terhadap kerajaan. Rakyat semakin boleh membuat penilaian dan andaian apa yang berlaku. Mereka tidak lagi terikat dengan satu-satu medium yang banyak dikuasai oleh kerajaan. Bagi mereka ianya membosankan dan tidak adli kerana hanya memaparkan berita dan cerita tentang satu-satu pihak. Internet, blog dan risalah dijadikan satu medium yang baru untuk mendapatkan kepastian dan maklumat agar mereka tahu keadaan kedua-dua pihak tanpa sebarang kompromi. Saya tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa apa yang dibuat oleh kerajaan adalah salah dan apa yang dibuat pembangkang betul, namun adakah terdapat check dan balance dalam situasi ini. Paling jelas jika kita membaca akhbar harian terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian, ianya lebih cenderung kepada kerajaan dan lebih menunjukkan bahawa pihak pembangkang adalah tidak baik. Namun jika kita membaca Harakah dan beberapa blog serta laman web terbitan pihak pembangkang, mereka lebih cenderung menghentam dan mengatakan bahawa apay yang dilakukan oleh kerajaan tidak baik dan sebagainya. Tidak salah jika member pendapat, namun adakah ianya memberikan penyelesaian yang total? Saya yakin andai pada 16 September 2008, jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, perkara yang sama akan berlaku. Kerajaan hentam pembangkang dan pembangkang hentam kerajaan. Yang menjadi mangsa adalah saya, awak, kamu, kita dan rakyat Malaysia.
Debat Umum, Muzakarah, forum tertutup adalah langkah yang baik untuk menwujudkan kstabilan politik di Malaysia. Rakyat akan tahu pro dan kontra dalam sesuatu perkara dan isu. Saya inginkan keadaan politik di Malaysia stabil. Saya juga ingin melihat persidangan di parlimen lebih menjurus kepada perbincangan dalam menyelesaikan masalah rakyat. Memang tidak mudah untuk berbincang apatah lagi fahaman dan ideology yang berbeza tetapi ingatlah bahawa rakyat memilih ahli Parlimen untuk memperjuangkan nasib dan masalah rakyat. Selain itu, kepentingan nasional seharusnya diutamakan berbanding kepentingan diri sendiri. Tidak salah mengalah dalam sesuatu perkara tetapi mestilah tetap dan telus dalam pendirian. Mengalah tidak mengerti kalah, yang penting ingat bahawa apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Tidak kiralah UMNO, PAS, DAP, PKR, ataupun parti-parti lain, ingatlah bahawa negara kita ada perlembangaan yang kukuh. Hormati ia. Rasuah, krisis sosial dan lain-lain masalah adalah perkara yang boleh merosakkan bangsa, agama dan bangsa. Saya tetap berpegang atas prinsip bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Bersekutu bertambah mutu. Jangan biarkan negara kita dijajah sekali lagi. Mempertahankan kemerdekaan adalah sukar, hargailah ia. Pendapat yang utarakan bukan kerana saya pro kerajaan mahupun pembangkang, namun saya adalah warganegara Malaysia yang inginkan kestabilan politik dan sosial yang utuh bagi genarasi akan datang. Ingatlah, apa yang dilakukan pada hari ini adalah sejarah untuk cucu-cicit kita. Tidakkah kita ingat bagaimana Kerajaan Melayu Melaka runtuh? Kerana mereka tidak bersatu dan bijak dalam menyelesaikan masalah. Sejarah itu sehingga sekarang terpalit dalam kamus sejarah negara kita. Adakah kita ingin meletakkan satu lagi sejarah yang buruk untuk tatapan generasi masa hadapan. Pikir-pikirkanlah. Keputusan ditangan kita dan bukan terletak ditangan orang lain. Tidak kiralah DSAI ataupun Pak Lah, kemenangan mereka adakah bererti kemenangan rakyat?

p/s.sekadar memerhati dari jauh…

Mengapa Kita Tidak Bersatu Bangsaku?

Friday, August 22, 2008


Assalamulaikum....

Sudah beberapa hari ini saya tidak menulis kerana tidak berkesempatan untuk melayari internet di rumah.Namun demikian,saya lebih memerhatikan keadaan sekitar terutamanya sempena pilihanraya kecil di Permatang Pauh.Ramai orang tahu tentang kedatangan kembali Datuk Seri Anuar Ibrahim (DSAI) ke arena politik. Saya melihat sejak berakhirnya Pilihanraya Umum Ke 12,banyak berlaku perubahan sosial dan politik yang tidak pernah berlaku sepanjang 50 tahun kemerdekaan.Ada melihat sebagai perubahan yang positif,ada juga melihat sebaliknya.

Isu yang saya ingin sentuh disini,saya melihat perpaduan yang dipupuk (walaupun tidak 100%) semakin kurang, terutamanya dari bangsaku sendiri.Dari konteks MALAYSIA,bangsa melayu adalah ISLAM.Bila melayu tidak berstu,maka orang islam di Malaysia juga tidak bersatu.Ya,memang UMNO parti mewakili bangsa melayu dan PAS memperjuangkan Islam.Sekali lagi saya ingatkan dalam konteks MALAYSIA,MELAYU dan ISLAM tidak dapat dipisahkan.Tetapi ingat,tidak semua yang dibuat UMNO salah dan PAS itu betul.Adakalanya kita seharusnya bersatu agar musuh-musuh kita tidak mengambil kesempatan atas kesilapan kita.Saya gusar jadi seperti "Menang dapat arang,kalah dapat abu".Mangsanya,KITA.

Saya melihat apa yang berlaku sekarang hampir sama ketika Kerajaan Melayu Melaka tumbang pada 1511 dahulu.Bangsa melayu berpecah,pemerintahan yang korap,rasuah berleluasa,dan banyak lagi.Jika dilihat pada pendapat falsafah,jika sesuatu bangsanya runtuh dan jatuh,agak sukar untuk bangkit tetapi tidak mustahil.Bayangkan pada 1511 hingga 31 Ogos 1957,berapa lama bangsa kita sengsara?Tidakkah kita rasa bersalah jika kita merosakan asas yang dibina oleh pahlawan dan tokoh serta pejuang kita?Apa yang mereka lakukan adalah untuk genarasi kita,tetapi apa yang kita lakukan untuk genarasi 50 tahun akan datang?Hendakkah kita cucu-cucu kita menyalahkan kita kerana punca kesengsaraan mereka?fikir-fikirkanlah bangsa dan seagama dengan ku....

p/s...suka melihat KELANTAN sebagai contoh...

Pingat Emas Olimpik....kempunan lagi kita

Monday, August 18, 2008


Assalamulaikum...

Semalam jagoan badminton kita Lee Chong Wei berjaya melangkah ke final Olimpik bagi merebut pingat emas pertama bagi negara kita.Saya memang peminat setia dan sentiasa mengikuti perkembangan Lee dalam sukan badminton.Malah,tidak keterlaluan saya mengatakan bahawa Lee merupakan pemain badminton yang terbaik yang pernah dihasilkan dalam negara.Bukan untuk menidakan jagoan badminton yang lepas seperti Misbun,Rashid(hanya sekadar bebrapa nama),namun skil dan corak permainannya berada dalam tahap yang lain.Beliau sangat kosisten dan sentiasa mara sekurang-kurangnya separuh akhir.

Pada Olimpik kali ini,harapan emas disandarkan kepada beliau,memang sukan ini sahajalah yang mampu meyumbangkan pingat kepada negara terutamanya pingat emas.Semalam menjadi detik bersejarah kepada kita setelah Lee berjaya melangkah ke final dan bakal menjadi rakyat Malaysia pertama yang merangkul pingat emas.Namun,apakah daya,rezeki dan nasib tidak menjadi dan memihak kepada Lee,Lee tewas dengan begitu mudah kepada seteru utamanya iaitu Lin Dan.Jarang sekali saya melihat Lee bermain seperti itu,tapi apa yang kita boleh buat.Beliau juga seorang manusia.Ada naik dan turunnya.Kita sebagai rakyat Malaysia pastinya kecewa kerana pingat emas masih gagal kita miliki.Namun janganlah kita mengecam dan terlalu kecewa dengan Lee,bagi saya bukan mudah untuk rakyat Malaysia memenangi pingat dalam Olimpik.Lee telah berjaya mendapat pingat.Berbanding atlit lain,bagaimana?Syabas Lee,mungkin bukan rezekinya malam itu.Tidak apa,cuba lagi.Kami tahu anda boleh.Teruskan usaha anda dalam Kejohanan Super Series yang lain.Buktikan yang anda boleh menjadi pemain No 1 dunia...

p/s....bila bola dan hoki dapat masuk olimpik?

Nisfu Syaaban

Saturday, August 16, 2008



Assalamulaikum rakan-rakan semua,

Hari genaplah hari ke15 dalam bulan Syaaban atau dikenali sebagai Malam Nisfu Syaaban.Sebagaimana kita ketahui bahawa bulan ini adalah bulan Nabi.Banyak keistimewaannya.Justeru itu,hari ini saya akan berkongsi pendapat tentang Bulan Syaaban ini.SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.

Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah (SWT) banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.

Kelebihan Syaaban berbanding bulan lain ialah seperti kelebihan Rasulullah SAW terhadap semua nabi, manakala keutamaan bulan Ramadan berbanding dengan semua bulan adalah seperti keutamaan Allah (SWT) kepada hamba-Nya.

Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.

Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertakwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah (SWT) sediakan pada bulan itu.

Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah (SWT). Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah (SWT) pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah (SWT) nanti.

Di samping itu, terdapat juga himpunan hadis menerangkan keistimewaan Syaaban, kelebihan malam Nisfu Syaaban dan keutamaan amalan tertentu pada bulan itu. Namun, kebanyakan hadis itu adalah hadis daif menurut pandangan ulama. Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis daif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.

Pada Syaaban ini, umat Islam dianjurkan lebih mendekatkan diri kepada Allah (SWT) dengan meningkatkan amal soleh dan memperbanyakkan ibadat. Tidak ada hadis diriwayatkan berkaitan dengan amalan dan bacaan doa tertentu pada pertengahan Syaaban mencapai taraf hadis sahih. Menurut mereka, tidak ada satu pun hadis sahih yang membicarakan mengenai malam Nisfu Syaaban dan amalan dianjurkan pada malam itu.

Berdasarkan amalan biasa dilakukan umat Islam di Malaysia iaitu amalan membaca surah Yasin sebanyak tiga kali dan juga bacaan doa khusus (doa yang tidak ada asal usulnya dan tidak menepati dalil Syarak sama ada dalil manqul (bersumberkan al-Quran dan hadis) atau ma’qul (bersumberkan pendapat ulama mujtahidin yang muktabar).

Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya al-Fatawa, kandungan doa itu secara umumnya adalah permohonan supaya ditetapkan sebagai seorang yang bahagia dan murah rezeki bersesuaian dengan segala kebaikan.

Maksud doa itu berdasarkan firman Allah (SWT) yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah (SWT) menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nya ummul kitab (ibu segala suratan).� (Surah al-Ra‘d , ayat 39)

Jelas di sini percanggahan nyata dalam isi kandungan doa ini. Pada permulaannya pemohon berkata, jika tertulis di sisi Allah (SWT) di dalam kitabnya sebagai seorang yang susah dalam urusan mencari rezeki, pendoa meminta supaya dihapuskan kesusahan itu dan ditetapkan di sisi Allah (SWT) di dalam kitabnya (yang sama) sebagai seorang bahagia dan murah rezeki untuk segala kebaikan, berdasarkan maksud ayat yang disebutkan.

Makna ummul kitab ialah tidak ada di dalamnya penghapusan dan tidak ada pengisbatan (penetapan), bagaimana dia (orang yang berdoa) pada masa yang sama memohon penghapusan dan pengisbatan di dalamnya.

Pada masa sama, ucapan doa itu bertentangan dengan adab berdoa seperti digariskan ajaran Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Apabila kamu meminta kepada Allah (SWT) (berdoa kepada-Nya), janganlah kamu ucapkan: Ya Allah (SWT) ampunilah jika Kamu kehendaki, rahmatilah daku jika Kamu kehendaki, berikanlah rezeki padaku jika Kamu kehendaki, sebaliknya hendaklah kamu menetapkan permasalahannya (apa yang diminta), Allah (SWT) Maha Berkuasa melakukan berdasarkan ketentuan-Nya dan tidak ada paksaan ke atas-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Seterusnya, umat Islam dianjurkan melaksanakan amal ibadat sebanyak mungkin menurut kemampuannya pada malam itu antaranya solat lima waktu secara berjemaah, bersolat sunat dan melakukan solat tahajud, berpuasa sunat, membaca al-Quran, beristighfar kepada Allah (SWT), bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca pelbagai doa dan zikir.

Sumber dari:Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi ialah Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia.

p/s...Tidak sabar untuk menanti Bulan Ramadhan..

Perjuangan Masih Belum Selasai


Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin berkongsi pendapat tentang pandangan saya terhadap Tun Dr Mahathir.Semua orang kenal beliau,orang Malaysia,Singapura,Asean,malah satu dunia tahu dan kenal dengan Tun.Malah saya turut berbangga memiliki pemimpin negara yang begitu karisma dan berpandangan jauh seperti beliau.Beliau adalah pemikir melayu yang ulung.Ya,memang saya pernah mengkritik cara Tun memerintah negara dahulu.Saya turut pernah menganggap Tun sekular.Namun,ketika itu saya hanya memikirkan tenang luaran dan emosi yang ketika itu.Bagi saya,tidak semua yang dibuat oleh Tun adalah betul.Tun juga seorang manusia biasa.Namun apa yang dilakukan oleh Tun sepanjang menjadi Perdana Menteri Malaysia adalah semata-mata ingin melihat Malaysia maju dan mampu berdaya saing.Dasar yang dilaksanakan ketika zaman Tun juga sangat rasional untuk genarasi akan datang.Selain itu,Tun juga tidak mahu melihat bangsanya dipijak,dihina dan susah di tanah airnya sendiri.

Saya berfikir panjang apa visi dan misi yang Tun inginkan.Bagi saya,apa yang Tun lakukan adalah tidak mahu bangsa Malaysia mundur dari segala aspek.Sepanjang Tun memerintah,banyak sumbangan dilakukan semata-mata untuk melayu terus mampu berdaya saing.Saya yakin,jika 22 tahun lepas jika Tun tidak laksanakan segala visi dan misi Tun, melayu sekarang pasti mundur.Sekarang majoriti melayu sudah berjaya mengangkat martabatnya pada tahap yang lain.Namun,kebanyakannya mereka banyak lupa dan leka apa yang mereka kecapi adalah keringat dan usaha datuk moyang kita 50 tahun dahulu.Benar kata Tun,perjuangan kita masih belum selasai.Banyak lagi perkara yang hendak kita berjuang untuk survival melayu untuk 50 ahun akan datang.Ingatlah,bahawa apa yang kita kecapi sekarang adalah untuk genarasi masa depan.


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan



Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996


p/s...Mahu wawasan 2020 tercapai...

Hot and Warm..

Thursday, August 14, 2008


Asslamaulaikum my friend...

Do u know about earth warming ? What is earth warming ? ..So today i want to share about what i know.Global warming is an average increase in the temperature of the atmosphere near the Earth's surface and in the troposphere, which can contribute to changes in global climate patterns. This process may last for an extended period (decades or longer). The "greenhouse effect" refers to the natural phenomenon that keeps the Earth in a temperature range that allows life to flourish. The sun's enormous energy warms the Earth's surface and its atmosphere. As this energy radiates back toward space as heat, a portion is absorbed by a delicate balance of heat-trapping gases in the atmosphere—among them carbon dioxide and methane—which creates an insulating layer. With the temperature control of the greenhouse effect, the Earth has an average surface temperature of 59°F (15°C). Without it, the average surface temperature would be 0°F (-18°C), a temperature so low that the Earth would be frozen and could not sustain life. Global warming" refers to the rise in the Earth's temperature resulting from an increase in heat-trapping gases in the atmosphere.

Scientists have concluded that human activities are contributing to global warming by adding large amounts of heat-trapping gases to the atmosphere. Every time we drive a car, use electricity from coal-fired power plants, or heat our homes with oil or natural gas, we release carbon dioxide and other heat-trapping gases into the air. The second most important source of greenhouse gases is deforestation, mainly in the tropics, and other land-use changes.

The impacts of global warming on us may be felt gradually. The impacts shall be felt in many aspects such as health, forests, crops yield, water supply, erosion of beaches, loss of habitats and species.

There are many ways we can do to reduce global warming. Governments can adopt a range of options for reducing greenhouse gas emissions, including

* increasing energy efficiency standards
* encouraging the use of renewable energy sources (such as wind and solar power)
* protecting and restoring forests, which serve as important storehouses of carbon
* disaster mitigation – flood warning and prevention

Individuals can reduce the need for fossil fuels and often save money by

* driving less and driving more fuel-efficient and less-polluting cars
* using energy-efficient appliances
* using less electricity in general

Resourses:UTHM...

So,try to save our world my friend..

p/s..try to speak English...

Keluh kesah bakal cikgu lepasan IPTA


Assalamulaikum rakan-rakan...

Hari ini saya hendak memberikan pendapat tentang isu graduan pendidikan dikalangan pelajar IPTA dan IPG.Memang benar saya merupakan pelajar dari graduan pendidikan dari IPTA.Apa yang saya ingin suarakan bahawa kami seakan-akan dianak tirikan dalam hal penempatan dan biasiswa.Bukan hendak menyalahkan mana-mana pihak,namun hendaklah diingat,bahawa sektor pendidikan adalah sektor yang paling penting dalam negara kita.Kami juga adalah pengeluar modal insan untuk menghasilkan modal insan seterusnya untuk negara.Saya masih ingat lagi betapa peritnya kami belajar di Matrikulasi bagi mencapai hajat kami untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di IPTA.Setelah kami berjaya,tidak sangka banyak masalah yang timbul.Biasiswa pendidikan tidak diberikan kepada kami,penempatan kami juga agak lewat malah kami juga dikerah supaya mendapat keputusan 2.75 keatas,itu pun kami dikehendaki menduduki temuduga dan ujian lagi yang didapat bagi pelajar IPG.Bukan kami hendak memandang rendah kepada graduan IPG,tetapi ingatlah,bukan mudah kami ke tahap ini,sudahlah kami meminjam dengan PTPTN,malah penempatan kami di sekolah juga tidak dipastikan.Mana keadilan kepada kami.Sudahlah kami dituduh tidak berkualiti dan dikatakan kami memilih kursus pendidikan ini sebagai pilihan terakhir.Sungguh mudah kami dinilai sedemikian rupa.Saya sendiri memilih sebagai pilihan nombor satu saya dan ramai kawan-kawan saya turut memilih kursus pendidikan sebagai pilihan utama.Bukan kami tidak layak memasuki kursus kejuruteraan,tetapi kami memang ikhlas ingin menjadi seorang guru. Ramai kawan-kawan saya menganggur selama setahun malah lebih pun ada semata-mata menunggu peluang menjadi seorang guru.Bukan untuk menafikan hak siapa-siapa namun yang peliknya bmaklumat dan sebagainya.
ila isu ini bertambah panas,barulah pengawai dari kementerian sibuk datang ambil
Kami berharap pihak Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi memahami masalah yang kami hadapi ini..Sekadar untuk meluahkan perasaan

p/s..ingat lagi kata cikgu.."kalau boleh belajar samapai masuk universiti"

Kecantikan Lelaki Kegagahan Wanita

Tuesday, August 12, 2008


Assalamulaikum rakan-rakan dan sahabat-sahabat sekian...

Saya sebenarnya baru sahaja habis menduduki ujian 1 iaitu Sistem Digital dan Aturcara Kontrak.Memang susah dan agak memeningkan kepala..Tapi yang melegakan saya adalah minggu ini bolehlah saya menumpukan 100% dalam PSM saya.

Hari ini ingin saya berkongsi tentang isu Gender.Bila kita membicarakan tentang gender pasti melibatkan kaum hawa dan adam.Dalam zaman ini,pihak lelaki dilihat seperti hampir pupus dan mula tidak menunjukkan kegagahannya seperti orang lelaki zaman yang terdahulu.Dahulu,betapa lelaki menjagi simbol kegagahan,kebijaksanaan,pahlawan dan segala-galanya tentang kehebatan dan kemegahan dan wanita pula dilihat sebagai simbol kelembutan.Namun sekarang,perkara tersebut tidak lagi dilihat dari sudut begitu.Wanita lebih mendominasi pelajaran dan sekarang wanita mampu melakukan kerja apa yang lelaki buat.Yang sedihnya,lelaki seolah-olah semakin terhakis dan simbol kegagahan yang saya sebutkan tadi hilang begitu sahaja.Mengapa dan bagaimana?Saya juga lelaki.

Apa-apa pendapat banyak pro dan kontranya,namun kata-kata falsafah islam dahulu mengingatkan saya supaya menjadi seorang lelaki yang sejati.Antara kata-katanya ialah:

"Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani." Lelaki yang cantik adalah:-
1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Dan bagi kaum wanita pula,seharusnya mereka seperti:

"Kegagahan Wanita Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan." Perempuan yang gagah,adalah:-
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah
ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi
segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Apa yang saya sampaikan akan menjadikan kia sebagai Muslim Melayu yang mampu berdiri sama tinggi dan sama rendah dengan bangsa lain.Saya tidak mahu melihat lelaki mahupun wanita Melayu Muslim ketinggalan dari perspektif jasmani tetapi rohani.Saya sering mengingatkan diri saya dengan Sabda Rasulullah SAW:-
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Jadi dalam ruangan ini,saya akan mencuba berkongsi maklumat dan ilmu agar kita menjadi insan yang diredhai ALLAH.Insyallah...

p/s..Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."Surah Al-Ahzab: Ayat 71 .

Anak-Anak Kita....

Monday, August 11, 2008


Asslamulaikum...

Hari ini saya teringin hendak berkongsi tentang minat saya tentang muzik..Bagi saya muzik itu universal.Ada yang baik,ada yang tidak baik.Saya telah didedahkan tentang dunia muzik sejak saya sekolah rendah lagi.Ibu saya meminati lagu-lagu oldies dan ayah pula meminati 60 an dan Pop Yeh Yeh.Lagu P.Ramlee juga menjadi santapan visual saya sejak saya kecil lagi.Bagi saya dalam banyak-banyak lagu yang saya minat,saya lebih suka dengan lirik dan melodi M.Nasir.Saya jenis personaliti yang tidak suka menghafal lirik.Saya lebih suka dengan menghayati melodi dan saya akan berusaha mencari chordnya supaya saya boleh bermain muzik bersama rakan-rakan saya..Dalam beberapa minit tadi,saya baru sahaja mendengar lagu Anak-Anak Kita dari M.Nasir.Liriknya sanga puitis dan tegas.Jadi saya serahkan kepada kawan-kawan untuk menghayati dan menilai lagu tersebut.Banyak yang boleh kita pelajari.Yang penting kita hidup pada masa adalah untuk generasi masa depan iaitu ANAK-ANAK KITA...


Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan Tuhan-Tuhan itu


Lirik:M.Nasir...

p/s...Tidak Mahu anak-anak saya susah seperti saya..

Perlukah KAMU mempertikaikannya??

Sunday, August 10, 2008



Assalamulaikum...

Semalam hari yang sangat mengecewakan bagi seluruh warganegara MALAYSIA yang beragama ISLAM dan berbangsa MELAYU..Sepertimana kita ketahui Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam, yang diteruskan juga semalam walaupun menerima bantahan keras daripada pelbagai pihak dan pertubuhan.Saya tidak menyangka sama sekali forum tersebut tetap diteruskan.Mengapa?Saya berfikir panjang semalam..Bagi saya tindakan tersebut sangat tidak sesuai dan kurang ajar.Mereka berani membincangkan tentang hal ISLAM yang sudah termaktub dalam PERLEMBAGAAN negara..

Tidak semua peguam memahami konteks dan pemahaman yang menyeluruh tentang perlembagaan terutamanya dalam Perkara 3(1).Dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah ugama bagi Persekutuan, tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perlu disebutkan bahawa belum ada terjemahan Perlembagaan yang sahih di Malaysia dan adakali perkataan "Islam is the religion of the Federation" yang terdapat dalam Perlembagaan di terjemahkan salah sebagai "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan". Perkara 11 Perlembagaan memperuntukan "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada fasal (4) mengembangkan ugamanya." Dari peruntukan ini jelaslah orang-orang Islam berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya, iaitu Islam sebagai cara hidup mereka. Fasal (4) menyebutkan undang-undang boleh dibuat untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktidad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

Bagi saya apa yang terkandung dalam PERLEMBAGAAN tidak seharusnya dipertikaikan dan dibahaskan tidak kiralah secara FORUM atau apa-apa sahaja kerana ianya menguris perasaan terhadap orang islam dan bangsa melayu di MALAYSIA.Disini saya ingin mengingatkan bahawa apa yang terkandung dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA 1963 adalah batu aras dalam memjadikan bangsa MALAYSIA yang saling hormat menghormati.Bangsa-bangsa lain harus INGAT bahawa kamu menerima hadiah yang paling berharga dalam dunia iaitu WARGANEGARA.INGAT!!!!.Bukan mudah bangsa MELAYU memberikan WARGANEGARA kepada bangsa lain.Selain itu, mereka juga harus ingat bahawa sebagai BALASAN atas pengurniaan WARGANEGARA itu wujudlah KONTRAK SOSIAL iaitu peruntukan HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN AGAMA ISLAM dalam PERLEMBAGAAN.Jadi,jangan sesekali bermain api dengan perkara ini.Kami tidak pernah menganggu anda untuk membuat apa yang anda suka,anda bebas tapi tolanglah hormati yang terkandung dalam Kontrak kita.Penat pejuang kemerdekaan membuat kontrak tersebut demi kesejahteraan generasi akan datang.Jadi,perlukah KAMU mempertikainya??

p/s...bangga menjadi BANGSA MALAYSIA...

Kisah Malam Pertama

Saturday, August 9, 2008

Tersebutlah kisah satu pasangan yg baru berkahwin. Sehari sebelum upacara akad nikah.... Emak pengantin lelaki menasihati anaknya...."Nak apabila menghampiri isteri mu pada malam pertama....maka kamu harus kata ...Kapal terbang ingin mendarat". Emak pengantin perempuan pula menasihati naknya.... "Nak....bila suami mu berkata kapal terbang ingin mendarat....maka jawabnya....Lapangan terbang sudah sedia ".

Hari yg ditunggu-tunggu pun tiba....Si suami tak sabar-sabar dan pabila malam tiba....hatinya berdebar-debar..... Dia mendekati si isteri lalu mengatakan "Kapal terbang ingin mendarat" Si isteri seperti tidak faham dan berkata "Saya penat bang ...mari kita tidur." Si suami hampa....namun dalam hatinya berkata..."Tak apa mungkin isteri aku malu....beri dia peluang kedua"


Tiba malam kedua "Si suami mendekati si isteri dan bertanya lagi "Kapal terbang ingin mendarat." Malangnya si isteri masih tidak faham .....kerana suaminya ketika itu memegang surat khabar...dalam hatinya berkata...."Berita apa pula ini....Ah pedulilah kapal terbang mana nak mendarat pun....tak ada kena mengena dengan saya." Kemudian dia berkata kepada si suami "Sudah lah tu bang ....janganlah baca surat khabar lagi....mari kita tidur " Si suami hampa lagi....tetapi dalam hatinya berkata "Tak apalah esok masih ada."

Tiba malam ketiga ....Si suami sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu pasti malam ini pasti aku dapat...lalu mendekati si isteri dan bertanya lagi "Kapal terbang ingin mendarat." Si isteri menjenguk ke arah luar jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam hati berkata "Mana ada kapal terbang !!" Melihatkan si isteri menggelengkan kepala ....si suami hampa dan berkata dalam hati "Kejamnya isteriku....membiarkan aku menunggu selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepada ku." Si suami dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri.

Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya "Ibu kenapa suami saya setiap malam berkata ...kapal terbang ingin mendarat?? Si ibu pun berkata "Apa yg kamu jawab nak ? Si anak berkata "Saya tidak jawab apa-apa...Si ibu berkata lagi...."Apa anak sudah lupa apa yg ibu nasihatkan tentang malam pertama....sepatunya anak menjawab Lapangan Terbang sudah sedia....sebagai tanda bersetuju " Oh saya lupa lah ibu....tak apa malam ini saya pasti akan menjawab dengan betul"

Maka tiba malam keempat .....si suami seperti tidak menunjukkan apa-apa tanda dia akan bertanya soalan yg sama. Malam kian larut ....si isteri tertanya-tanya....bilakah gerangan si suami akan bertanya.....Si isteri akhirnya berkata dalam hati "Mengapa harus aku tunggu
lagi.....apa salahnya aku sendiri meng`offer' kan diri Lalu si isteri pun mendekati si suami dan terus berkata "Lapangan terbang sudah sedia", Si suami kerana terlalu geram dengan si isteri....dengan muka yg masam menjawab "KAPAL TERBANG ROSAK""


p/s...bile eh nk g kursus perkahwinan....

Music....semua org tahu...

Friday, August 8, 2008


"So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm sure
There's no need to complicate, our time is short
This is our fate, I'm yours"


Asslamulaikum kwn2 semua...

kat atas 2 adalah sedutan dari lagu jason mraz yg bru sahaja saya dengar dan hayati...saya memang minat dengan muzik.bg saya apa sahaja muzik saya minat xkisahla nasyid ke,rock ke,dangdut ke...yg penting melaodi n lirikye memberikan kesan dalam pemikiran saya...dari kecil lg saya telah didedahkan tentang musik..ayah minat karaoke dan juga mengalakkan saya belajar main gitar..selain itu saya juga boleh bermain drum dan percasiun (x geti eja) yg lain...

cume dalam kebelakangan nie,saya lebih berminat dgn lagu yg bermelodi akustik dan ska..mcm lagu i'm your...pe2 pun setiap org mempunyai minat yang tersendiri sebab music is universal....hope kwn2 enjoy k....music also can make u life enjoy...!!!

p/s...minat gak lgu france....oye...oye...

Lu Pikirla Sendiri.....

Thursday, August 7, 2008

Assalamulaikum....

Hari ini mcm biasela saya still meneruskan kehidupan yang mencabar sebagai seorang mahasiswa di IPTA.mungkin dengan kerja PSM still membuatkan hari-hari mendatang semakin sukar..cume arini saya ingin berkongsi tentang dimanakah peranan kita sebagai mahasiswa dalam membantu golongan yang lebih memerlukan?mengapa saya bercakap tentang hal ini kerana petang td da;a, sekitar 3.34 pm di depan CIMB Bank Parit Raja saya terserempak dengan seorang warga emas yang cacat penglihatannya.saya secara kebetulan melalui jln tersebut menyedari 2 org pelajar universiti saya sedang juga ingin melintas jln bersama warga emas tersebut..apa yang menyedihkan mereka lgsg mengabaikan warga emas tersebut dan sibuk dengan telefon bimbit mereka....alahai,maluye saya.jika saya tidak menaiki motor tadi insyallah saya bantu.bkn utk mengatakan saya baik,tpi bkn iiu satu TANGGUNGJAWAB SOSIAL...xpelah,nasib baik warga emas tersebut selamat melintasi jalan tersbut.....

p/s..lu pkirla sendiri....

PAGI YANG GELAP.....

Wednesday, August 6, 2008

Assalamulaikum dan salam sejahtera kwn2.

hope kwn2 suma dalam keadaan yg baik dan sejahtera...sebenarnya saya sangat sibuk dengan sistem digit n PSM ne...tp nk gk post kat blog nie...maklumlah nk semaikan semangat menulis kembali...maybe ramai kawan-kawan x tau yg dulu ye aku merupakan penulis cerpen,novel dan rencana.aku pernah tulis artikel tentang politik,cinta dan akademik...pernah gk aku anta pertandingan n menang...tp 2 5 or 6 tahun dulu time aku kat sekolah....time 2 xde blog2 n internet ne...hahaha....

oklah kwn... arine 2 je kot...krg aku smbg lg....

adios amigos..

p/s menang main badminton td...

PSM ?????

Sunday, August 3, 2008

Assalamulaikum....

Hari ini saya rasa macam lega sangat...saya berjaya menyiapkan PSM saya..ramai orang kata bahawa PSM ini macam satu bebanan.Saya turut merasa macam 2 jgk time PSM 1...tapi bile saya hampir siap saya dapat rasakan satu nikmat apabila siap projek saya.Buat pengetahuan kawan-kawan saya memilih pembangunan CD Interaktif sbgai ABBM..hahaha..maybe org kate saya playsafe dengan memilih tajuk tersebut kerana kelebihan saya tentang ICT...bagi saya PSM merupakan satu kepuasan apabila kiter tau pe yg kiter nk buat...saya masih ingat lagi time PSM 1 saya yer tajuk ditolak kerana ramai yang buat Sains Sosial...seingat saya,tajuk yang saya pilih adalah berkaitan dengan konsep kendiri pelajar...sebenarnya byk tajuk yang saya ingin bt ketika itu,tapi saya banyak bgi kat rakan-rakan saya...yang btkan saya kecewa tajuk-tajuk yang saya bg kat kawan saya semuanya lepas kecuali saya..agk kecewa jgklah...tp peristiwa itu membuatkan saya berfikir bahawa apa yg berlaku pasti ade hikmahnya...so 2 hari 2 mlm sya pkir apa kekuatan saya dalam kajian saya,so saya pkir tentang ICT,so saya mengambil keputusan yg saya akan membangunkan sebuah ABBM dengan mengunakan Flash....Skrg baru saya faham,mengapa tajuk pertama saya ditolak...hehehehe....

oklah buat hari ini cukup kot....pe2 pun saya kan sambung coretan saya pd hari2 mendatang.buat pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional,saya ucapkan all the best..hope kita akan mendapat apa yang kiter nk dari kajian kiter ini...

p/s...Kls pn Lisa xde minggu ni...YAHOOOOO....!!!!

bangga dengan PROTON

Friday, August 1, 2008

Assalamualaikum,

Kepada kawan-kawan...hahaha...dah dkt sebulan saya tidak menulis ape2 dalam blog nie...mintak maaf sgt2..ingat nk citer psl pengalaman kat china,still saya belum lg kongsikan brsama...xpela maybe satu hari saya akan citer....ermmm sebenarnya saya nk kongsikan bersama dengan kawan2 tentang pengalaman dan maklumat dari kawan saya tentang proton ni...saya dengar dari 2 tahun lepas tapi still x leh nk komfom coz saya xnmpak bukti ye...tp saya tersermpak dengan salah seorang kawan pakcik saya saya juga pekerja di PROTON yang mengesahkan cerita ini..so saya forwardkan kepada kwn2 so u guys can nilaikan ye k...pe2 pun saya bangga jd anak MALAYSIA....

Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation. Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah-tengah R&D PROTON.

Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je.. manakala kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga.

Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu tanda Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita jengok kat dalam. Boleh nampak besi cair yang dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan 2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pulak hanya kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu dari Mitsubishi. For your information, Untuk membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar. Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy 100% body dibuat di Malaysia .

Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah berdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianya kenderaan negara sebenarnya.

Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design original dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan sedikit. Naza, Perodua. Masih lagi membawa enjin dari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin sendiri orang masih tidak percaya. Itu lah masalah orang kita memandang rendah kebolehan anak negara sendiri.

Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada sekarang ni untuk masa akan datang.

Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea , mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang lama lama diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.

Perodua kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang. Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton. Milik Malaysia .

Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang je..

Inilah susah orang kita ni. Banyak mendengar cerita sensasi yang banyak ditaruk banyak rempah ratusnya.. Memang pada mulanya kita belajar selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.

Saga - base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit.

Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri.

Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK .

Wira - Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer. Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja. Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk Wira masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia. Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.

Perdana - untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana. Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.

Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.

Waja - Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita kita adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.

Gen2 - 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.

Savvy - 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well. Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Contohnya Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu In fact. Kukuh. Saudara saudari Bila kita design kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.

Lain lain - Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di proton. Kalau Proton tak elok masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.

Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya.

Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info lah kami masih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.

Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan bagi membolehkan impian ini tercapai.

Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya adalah OSA) Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju.

Ye la siapa nak bagi kita pandai kan . Cuba check dekat Perodua, berapa ramai jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D Perodua bekas Proton, Head of Styling bekas Proton, Head of Planning bekas Proton, Head of Production bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas dekat Naza), Head of Engineering Services bekas Proton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dari proton. We trained them orang lain ambil cara senang je. Naza pulak.. Head of R&D .bekas Proton. Head of Production bekas Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan Head dia pun bekas proton, Inokom head dia pun bekas proton. Itu kira head je bukan lagi kira engineer dan designer.

So it meets its objective untuk memajukan orang-orang kita. Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan Proton. So orang Proton tak bagus? Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar negara dari America, Eropah sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia . Tapi di peringkat antarabangsa.

Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau ?

Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja

Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja buang sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara berapa banyak kaki tangan Proton 8000.

Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu. Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota , nissan, honda? 0 Kosong.

Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas cukai. Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam Malaysia . Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kena tipu.

Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke Malaysia harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost R&D.

Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung. Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu dengannya.
Saudara

Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh

Thailand membuka pintu mereka untuk industri automotif tapi ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya.

Korea cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea susah. Sebabnya

1. memang mereka patriotik.

2. Cuba pakai kereta import Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka tentu banyak duit.

Jepun Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota ), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli.

Cuba kat Malaysia . Kutuk lagi ada. Saudara semua kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri.

The more people buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi mahal tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju.

Proton baru 20 tahun.

Korea mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap ini.

Jepun sudah 80 tahun,

Barat sudah 100 tahun. Ini industri kereta.


Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang mengutuk tu fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh jual lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang yang banyak.

Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join ngan proton tapi persoalannya boleh ke..? Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar.

Errr. Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap.

Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan. Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta mereka kenapa kita tidak boleh.

Kerana AP China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana.

Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi.

India nak masuk kesana kena letak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang dan infrastruktur jualan.

Cuba masuk kat Korea Kita nak jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik diaorang.

Kita apa yang nama lain selain dari barang sendiri mesti bagus punya. Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German. Bukan tak boleh buat. Boleh tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk kereta buatan Malaysia .

Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional

Proton sekurang-kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan sorang. Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton.. Paling minimum 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman Perodua, Naza ambil.

Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk memajukan negara dalam bidang teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang industri yang betul-betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.

Tapi bab support selepas jualan. saya sendiri pun tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena. Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen proton.

Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unit Myvi. Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan Savvy check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap je test sendiri. Baru tau.

Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual. Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas nak tukar gear swith to auto. Nak main ciluk-ciluk switch to manual. Errr.. siapa kata kita guna tecnology 70an?

ps: dipetik dari luahan engineer proton