Kemenangan Anuar, kemenangan rakyat?

Wednesday, August 27, 2008




Assalamulaikum...

Genap 10 malam 26 Ogos 2008 di Institut Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang, pengumuman kemenangan Dato’ Seri Anuar Ibrahim (DSAI) menjadi satu sejarah baru dalam politik Malaysia yang masuk 51 Tahun mencapai kemerdekaan pada akhir bulan ini. Ramai yang mejangkakan kemenangan DSAI dalam pilihanraya kecil ini. Memang ramai pemerhati merasakan kemenangan DSAI adalah disebabkan rakyat mahukan perubahan yang drastik terhadap pemerintahan tertinggi negara. Bagi mereka (yang menyokong DSAI), kemenangan DSAI adalah satu langkah permulaan kearah pemerintahan kerajaan yang baru dibawah DSAI. Segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada beliau tidak sesekali menjejaskan peluang beliau untuk memduduki kerusi parlimen. Malah tidak mustahil dengan kemenangan besar ini menjadi titik tolak DSAI ke kerusi No 1 di Putrajaya iaitu kerusi Perdana Menteri Malaysia keenam.


Saya melihat situasi ini sebagai situasi yang agak kritikal buat Barisan Nasional terutamanya kepimpinan tetinggi UMNO. Adalah suatu yang tidak kena kepada UMNO selepas pilihanraya umum yang ke 12 hari itu. Kelemahan kepimpinan Dato’ Seri Abdullah Badawi, krisis harga minyak, kadar inflasi yang tinggi, rasuah politik dalam UMNO, masalah dalaman UMNO, masalah dalaman antara parti komponen BN, penyelewangan kewangan negara, skandal Najib dan Atantunya, kes liwat DSAI dan macam-macam lagi meyebabkan Pak Lah dan ahli kabinet yang lain gagal untuk mengatasi secara baik.

Apa yang saya perhatikan bahawa kemenangan Pakatan Rakyat bukan kerana mereka kuat dalam sokongan ahlinya tetapi rakyat memikirkan bahawa Pakatan Rakyat mempunyai opsyen yang lebih baik kearah menjaga kebajikan rakyat dan negara. Memang terdapat masalah dikalangan DAP, PAS dan PKR namun mereka bijak menggunakan peluang dan strategi politik yang bijak bagi menguasai parlimen. Perkara ini tidak berlaku dalam BN. Mereka ternyata menggunakan strategi yang salah dan tidak relevan dalam keadaan dan masa sekarang. Seperkara lagi yang penting, UMNO ataupun BN gagal menarik sokongan akar umbi dimana mereka yang akan mencorakkan sosiopolitik pada masa sekarang. Mahasisiwa, belia, dan pertubuhan NGO adalah golongan yang paling penting dalam pembentukan sosiopolitik sekarang. Namun UMNO dan komponen dalam BN tidak menggunakan peranan mereka dalam mengekalkan sokongan mereka terhadap kerajaan. Rakyat semakin boleh membuat penilaian dan andaian apa yang berlaku. Mereka tidak lagi terikat dengan satu-satu medium yang banyak dikuasai oleh kerajaan. Bagi mereka ianya membosankan dan tidak adli kerana hanya memaparkan berita dan cerita tentang satu-satu pihak. Internet, blog dan risalah dijadikan satu medium yang baru untuk mendapatkan kepastian dan maklumat agar mereka tahu keadaan kedua-dua pihak tanpa sebarang kompromi. Saya tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa apa yang dibuat oleh kerajaan adalah salah dan apa yang dibuat pembangkang betul, namun adakah terdapat check dan balance dalam situasi ini. Paling jelas jika kita membaca akhbar harian terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian, ianya lebih cenderung kepada kerajaan dan lebih menunjukkan bahawa pihak pembangkang adalah tidak baik. Namun jika kita membaca Harakah dan beberapa blog serta laman web terbitan pihak pembangkang, mereka lebih cenderung menghentam dan mengatakan bahawa apay yang dilakukan oleh kerajaan tidak baik dan sebagainya. Tidak salah jika member pendapat, namun adakah ianya memberikan penyelesaian yang total? Saya yakin andai pada 16 September 2008, jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, perkara yang sama akan berlaku. Kerajaan hentam pembangkang dan pembangkang hentam kerajaan. Yang menjadi mangsa adalah saya, awak, kamu, kita dan rakyat Malaysia.
Debat Umum, Muzakarah, forum tertutup adalah langkah yang baik untuk menwujudkan kstabilan politik di Malaysia. Rakyat akan tahu pro dan kontra dalam sesuatu perkara dan isu. Saya inginkan keadaan politik di Malaysia stabil. Saya juga ingin melihat persidangan di parlimen lebih menjurus kepada perbincangan dalam menyelesaikan masalah rakyat. Memang tidak mudah untuk berbincang apatah lagi fahaman dan ideology yang berbeza tetapi ingatlah bahawa rakyat memilih ahli Parlimen untuk memperjuangkan nasib dan masalah rakyat. Selain itu, kepentingan nasional seharusnya diutamakan berbanding kepentingan diri sendiri. Tidak salah mengalah dalam sesuatu perkara tetapi mestilah tetap dan telus dalam pendirian. Mengalah tidak mengerti kalah, yang penting ingat bahawa apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Tidak kiralah UMNO, PAS, DAP, PKR, ataupun parti-parti lain, ingatlah bahawa negara kita ada perlembangaan yang kukuh. Hormati ia. Rasuah, krisis sosial dan lain-lain masalah adalah perkara yang boleh merosakkan bangsa, agama dan bangsa. Saya tetap berpegang atas prinsip bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Bersekutu bertambah mutu. Jangan biarkan negara kita dijajah sekali lagi. Mempertahankan kemerdekaan adalah sukar, hargailah ia. Pendapat yang utarakan bukan kerana saya pro kerajaan mahupun pembangkang, namun saya adalah warganegara Malaysia yang inginkan kestabilan politik dan sosial yang utuh bagi genarasi akan datang. Ingatlah, apa yang dilakukan pada hari ini adalah sejarah untuk cucu-cicit kita. Tidakkah kita ingat bagaimana Kerajaan Melayu Melaka runtuh? Kerana mereka tidak bersatu dan bijak dalam menyelesaikan masalah. Sejarah itu sehingga sekarang terpalit dalam kamus sejarah negara kita. Adakah kita ingin meletakkan satu lagi sejarah yang buruk untuk tatapan generasi masa hadapan. Pikir-pikirkanlah. Keputusan ditangan kita dan bukan terletak ditangan orang lain. Tidak kiralah DSAI ataupun Pak Lah, kemenangan mereka adakah bererti kemenangan rakyat?

p/s.sekadar memerhati dari jauh…

0 comments: