Kecantikan Lelaki Kegagahan Wanita

Tuesday, August 12, 2008


Assalamulaikum rakan-rakan dan sahabat-sahabat sekian...

Saya sebenarnya baru sahaja habis menduduki ujian 1 iaitu Sistem Digital dan Aturcara Kontrak.Memang susah dan agak memeningkan kepala..Tapi yang melegakan saya adalah minggu ini bolehlah saya menumpukan 100% dalam PSM saya.

Hari ini ingin saya berkongsi tentang isu Gender.Bila kita membicarakan tentang gender pasti melibatkan kaum hawa dan adam.Dalam zaman ini,pihak lelaki dilihat seperti hampir pupus dan mula tidak menunjukkan kegagahannya seperti orang lelaki zaman yang terdahulu.Dahulu,betapa lelaki menjagi simbol kegagahan,kebijaksanaan,pahlawan dan segala-galanya tentang kehebatan dan kemegahan dan wanita pula dilihat sebagai simbol kelembutan.Namun sekarang,perkara tersebut tidak lagi dilihat dari sudut begitu.Wanita lebih mendominasi pelajaran dan sekarang wanita mampu melakukan kerja apa yang lelaki buat.Yang sedihnya,lelaki seolah-olah semakin terhakis dan simbol kegagahan yang saya sebutkan tadi hilang begitu sahaja.Mengapa dan bagaimana?Saya juga lelaki.

Apa-apa pendapat banyak pro dan kontranya,namun kata-kata falsafah islam dahulu mengingatkan saya supaya menjadi seorang lelaki yang sejati.Antara kata-katanya ialah:

"Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani." Lelaki yang cantik adalah:-
1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Dan bagi kaum wanita pula,seharusnya mereka seperti:

"Kegagahan Wanita Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan." Perempuan yang gagah,adalah:-
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah
ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi
segala keinginan

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Apa yang saya sampaikan akan menjadikan kia sebagai Muslim Melayu yang mampu berdiri sama tinggi dan sama rendah dengan bangsa lain.Saya tidak mahu melihat lelaki mahupun wanita Melayu Muslim ketinggalan dari perspektif jasmani tetapi rohani.Saya sering mengingatkan diri saya dengan Sabda Rasulullah SAW:-
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Jadi dalam ruangan ini,saya akan mencuba berkongsi maklumat dan ilmu agar kita menjadi insan yang diredhai ALLAH.Insyallah...

p/s..Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."Surah Al-Ahzab: Ayat 71 .

0 comments: