Perjuangan Masih Belum Selasai

Saturday, August 16, 2008


Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin berkongsi pendapat tentang pandangan saya terhadap Tun Dr Mahathir.Semua orang kenal beliau,orang Malaysia,Singapura,Asean,malah satu dunia tahu dan kenal dengan Tun.Malah saya turut berbangga memiliki pemimpin negara yang begitu karisma dan berpandangan jauh seperti beliau.Beliau adalah pemikir melayu yang ulung.Ya,memang saya pernah mengkritik cara Tun memerintah negara dahulu.Saya turut pernah menganggap Tun sekular.Namun,ketika itu saya hanya memikirkan tenang luaran dan emosi yang ketika itu.Bagi saya,tidak semua yang dibuat oleh Tun adalah betul.Tun juga seorang manusia biasa.Namun apa yang dilakukan oleh Tun sepanjang menjadi Perdana Menteri Malaysia adalah semata-mata ingin melihat Malaysia maju dan mampu berdaya saing.Dasar yang dilaksanakan ketika zaman Tun juga sangat rasional untuk genarasi akan datang.Selain itu,Tun juga tidak mahu melihat bangsanya dipijak,dihina dan susah di tanah airnya sendiri.

Saya berfikir panjang apa visi dan misi yang Tun inginkan.Bagi saya,apa yang Tun lakukan adalah tidak mahu bangsa Malaysia mundur dari segala aspek.Sepanjang Tun memerintah,banyak sumbangan dilakukan semata-mata untuk melayu terus mampu berdaya saing.Saya yakin,jika 22 tahun lepas jika Tun tidak laksanakan segala visi dan misi Tun, melayu sekarang pasti mundur.Sekarang majoriti melayu sudah berjaya mengangkat martabatnya pada tahap yang lain.Namun,kebanyakannya mereka banyak lupa dan leka apa yang mereka kecapi adalah keringat dan usaha datuk moyang kita 50 tahun dahulu.Benar kata Tun,perjuangan kita masih belum selasai.Banyak lagi perkara yang hendak kita berjuang untuk survival melayu untuk 50 ahun akan datang.Ingatlah,bahawa apa yang kita kecapi sekarang adalah untuk genarasi masa depan.


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan



Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996


p/s...Mahu wawasan 2020 tercapai...

0 comments: