Mengapa Kita Tidak Bersatu Bangsaku?

Friday, August 22, 2008


Assalamulaikum....

Sudah beberapa hari ini saya tidak menulis kerana tidak berkesempatan untuk melayari internet di rumah.Namun demikian,saya lebih memerhatikan keadaan sekitar terutamanya sempena pilihanraya kecil di Permatang Pauh.Ramai orang tahu tentang kedatangan kembali Datuk Seri Anuar Ibrahim (DSAI) ke arena politik. Saya melihat sejak berakhirnya Pilihanraya Umum Ke 12,banyak berlaku perubahan sosial dan politik yang tidak pernah berlaku sepanjang 50 tahun kemerdekaan.Ada melihat sebagai perubahan yang positif,ada juga melihat sebaliknya.

Isu yang saya ingin sentuh disini,saya melihat perpaduan yang dipupuk (walaupun tidak 100%) semakin kurang, terutamanya dari bangsaku sendiri.Dari konteks MALAYSIA,bangsa melayu adalah ISLAM.Bila melayu tidak berstu,maka orang islam di Malaysia juga tidak bersatu.Ya,memang UMNO parti mewakili bangsa melayu dan PAS memperjuangkan Islam.Sekali lagi saya ingatkan dalam konteks MALAYSIA,MELAYU dan ISLAM tidak dapat dipisahkan.Tetapi ingat,tidak semua yang dibuat UMNO salah dan PAS itu betul.Adakalanya kita seharusnya bersatu agar musuh-musuh kita tidak mengambil kesempatan atas kesilapan kita.Saya gusar jadi seperti "Menang dapat arang,kalah dapat abu".Mangsanya,KITA.

Saya melihat apa yang berlaku sekarang hampir sama ketika Kerajaan Melayu Melaka tumbang pada 1511 dahulu.Bangsa melayu berpecah,pemerintahan yang korap,rasuah berleluasa,dan banyak lagi.Jika dilihat pada pendapat falsafah,jika sesuatu bangsanya runtuh dan jatuh,agak sukar untuk bangkit tetapi tidak mustahil.Bayangkan pada 1511 hingga 31 Ogos 1957,berapa lama bangsa kita sengsara?Tidakkah kita rasa bersalah jika kita merosakan asas yang dibina oleh pahlawan dan tokoh serta pejuang kita?Apa yang mereka lakukan adalah untuk genarasi kita,tetapi apa yang kita lakukan untuk genarasi 50 tahun akan datang?Hendakkah kita cucu-cucu kita menyalahkan kita kerana punca kesengsaraan mereka?fikir-fikirkanlah bangsa dan seagama dengan ku....

p/s...suka melihat KELANTAN sebagai contoh...

0 comments: