Outcome–based Education (OBE)

Wednesday, October 15, 2008

Assalamulakum...

Today the issue is little bit interesting. Do you know OBE? OBE is a method of curriculum design and teaching that focuses on what students can actually do after they are taught.In recent years greater attention is being paid to evaluate the outcomes of education to account for the returns of investments made in education (particularly public education). These increasing calls for accountability were a major reason for the rapid spread of various forms of outcome-based education in countries such as USA, UK and Australia during 1980 and 1990s. Likewise in Singapore, the recent development in the educational reforms towards knowledge economy and higher order economic efficiency call for quality and accountability in education. OBE addresses the key questions as:

-What do you want the students to learn?
-Why do you want them to learn it?
-How can you best help students learn it?
-How will you know what they have learnt?

Thus, the OBE’s instructional planning process is a reverse of that associated with traditional educational planning. The desired outcome is selected first and the curriculum, instructional materials and assessments are created to support the intended outcome (Spady 1988; 1993). All curriculum and teaching decisions are made based on how best to facilitate the desired final outcome.

Why OBE? OBE is able to measure—‘what the students are capable of doing’—something which the traditional education system often fails to do. For example, assessment methods in a conventional education system often grade students based on their ability to choose a correct answer from a group of four or five possible answers. Such practices do not allow students to demonstrate what they have learnt. Then, OBE goes beyond ‘structured tasks’ (e.g. memorisation) by demanding that students demonstrate his/her skills through more challenging tasks like writing project proposals and completing the projects, analyzing case studies and giving case presentations etc. Such exercises require students to practice and demonstrate their ability to think, question, research, make decisions and give presentations. Thus, OBE involves students in a complete course of learning—from developing their skills in designing to completing a whole process (Spady, 1994a, 1995). OBE also identifies higher levels of thinking (e.g. creativity, ability to analyze and synthesize information, ability to plan and organize tasks). Such skills are emphasized especially when students are assigned to organize and work as a community or entrepreneurial service teams to propose solutions to problems and market their solutions.

So, OBE promises high level of learning for ALL students as it facilitates the achievement of the outcomes, characterized by its appropriateness to each learner’s development level and active and experienced-based learning. Moreover, knowing that this system is going to be used would also give students the freedom to study the content of the course in a way that helps them learn it. OBE must involve administrators, educators, parents, teachers and students for successful implementation.

p/s..before and after...


PSM in progress....

Tuesday, October 14, 2008

Assalamulaikum....

Minggu ini sehingga 21hb oktober merupakan hari-hari getir dan mencabar buatku. Bahana PSM(projek susah mati) hampir kepenghujungnya. Macam-macam perasaan membelenggu diri saya. Apa yang saya harapkan projek dan kajian tesis saya akan diterima oleh penilai. Semoga rakan-rakan dan sahabat-sahabat mendoakan kejayaan saya. Kepada pelajar Sarjana Muda PTV yang akan sidang viva pada minggu hadapan, saya ucapkan all the best and good luck..

Buat bekas pelajar saya yang sedang menghadapi PMR dalam minggu ini, cikgu ucapkan selamat menghadapi PMR. Jangan cepat putus asa. Jangan biarkan kertas jawapan anda kosong. Cuba hingga ke titisan terakhir ok!!

Cukup buat hari ini.. WASSALAM...

p/s...ingat cikgu salmiah kat SMKA dulu.....

Perubahan?

Friday, October 10, 2008


Assalamulaikum....

Saya mengucapkan terima kasih ke atas pengirim komen terhadap tajuk saya yang lepas iaitu tentang dasar pendidikan kebangsaan. Memang benar sistem pendidikan di negara kita sering berubah. Namun itu biar saya memberikan pendapat saya tentang isu ini. Saya melihat keadaan ini dalam 2 situasi iaitu situasi jangka masa panjang dan situasi jangka masa pendek.

Sebelum saya mengulas tentang kedua-dua situasi tersebut, adakah kita berfikir mengapa dasar pendidikan di negara kita sering berubah? Banyak faktor yang boleh kita berikan iaitu dari segi keadaan globalisasi dunia sekarang dan pengaruh politik. Sebenarnya banyak lagi faktor yang boleh kita lihat dan analisis seperti faktor sosial dan ekonomi, namun cukup saya menerangkan tentang kedua-dua faktor yang saya beritahu awal tadi.

Dunia sekarang memaksa kita iaitu Malaysia sebagai negara membangun untuk bersaing dengan dunia luar. Kita tidak boleh membiarkan pengaruh globalisasi menyebabkan negara kita ketinggalan. Harus diingat, negara kita masih belum mencapai status negara maju. Sebagai negara membangun, kita mesti berusaha atau melakukan sesuatu agar kita kita ketinggalan jauh dengan negara-negara maju di luar sana. Jangan sesekali menyamakan sistem pendidikan kita dengan negara barat kerana keadaan sosiopolitik di negara kita cukup unik dan berbeza. Dunia yang memaksa kita berubah. Komputer, internet, multimedia, dan macam-macam lagi menyebabkan dunia pendidikan kita turut merasai tempiasnya.

Dari segi politik pula, adalah menjadi kebiasaan bagi setiap menteri pendidikan yang dilantik akan melakukan satu gagasan atau dasarnya sendiri. Jika dulu Anwar Ibrahim dengan KBSM dan KBSRnya, Najib Tun Abd Razak dengan Sekolah Bestarinya dan terbaru Hishamuddin dengan PIPP nya. Namun begitu apa yang dilakukan oleh tokoh-tokoh politik tersebut adalah memastikan dunia pendidikan negara sentiasa releven. Rancangan Malaysia melihatkan betapa tinggi nilainya sektor pendidikan di mata kerajaan bagi menghasilkan modal insan yang berkualiti pada masa akan datang. Bagi saya, setiap dasar yang dijalankan oleh sebenarnya baik dan bagus namun negara kita masih lagi lemah dari segi penyampaian dan pelaksanaannya. Seabagai contoh, jika dilihat dasar KBSM seharusnya pelajar-pelajar kita mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa tetapi ianya tidak berjaya secara menyeluruh. Satu lagi, tentang dasar pembestarian sekolah, sepatutnya pelajar-pelajar kita mampu mengekses dan mengetahui pengetahuan dan asas ICT, namun apa yang berlaku, makmal komputer tidak dapat disiapkan mengikut jadual, komputer tidak mencukupi dan sebagainya. Perkara-perkara sedemikian adalah penghalang kepada dasar yang mereka bangunkan.

Baiklah, perubahan dasar pendidikan di negara kita sebenarnya adalah memastikan hasil pelajar yang kita pada masa akan datang mampu menyumbang ke arah pembangunan negara. Walaupun pelbagai gagasan dan idea yang dilontarkan, bagi saya dasar pendidikan negara kita tidak jauh berbeza. Outputnya tetap sama. Mengahasilkan modal insan yang glokal mengikut acuan kita sendiri. Dari Penyata Razak ke PIPP, sebenarnya kita hendak pelajar kita seimbang dari semua aspek. Justeru itu, walaupun dasar pendidikan berubah, tetapi falsafahnya tetap sama. Jika kita lihat Falsafah Pendidikan Negara,

"pendidikan di Malaysia adalah usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, keterampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."
Maka, apa yang berlaku dalam dunia pendidikan kita adalah seiring dengan perubahan pada masa akan datang. Namun, bagi menghasilkan kejayaan yang total, setiap perancangan hendak diteliti dan mampu dilaksanakan tanpa sebarang kompromi. Ini kerana KEGAGALAN dasar yang dijalankan akan menyebabkan bangsa Malaysia yang menjadi mangsanya. Fikir-fikirkan.....

p/s....pikir untuk anak cucu kita...

Sistem Pendidikan Kebangsaan: Orang Melayu..

Thursday, October 9, 2008


Assalamulaikum...

Sistem pendidikan kebangsaan mengandungi beberapa unsur penting yang antara lain, terdiri daripada:

• peringkat pendidikan dari yang paling bawah ke tahap yang paling tinggi
• jumlah tempoh pengajian bagi setiap peringkat
• kurikulum bagi setiap peringkat dan jurusan
• sistem penilaian dan jenis sijil atau kelulusan yang dikeluarkan
• sistem pentadbiran, kewangan, pemantauan dan pengawalan
• latihan dan skim perguruan

Sekiranya dilihat dari segi sistem yang telah disedia dan dilaksanakan selama ini, terdapat usaha yang gigih untuk memperbaikinya dari semasa ke masa. Sekiranya ditinjau secara halus dari segi hasil dasar dan sistem pendidikan kebangsaan, seharusnya ia mampu mengeluarkan pelajar yang berilmu, bermoral (akhlaq), beradab dan bersopan, seorang individu yang boleh menjadi warga negara yang cukup baik. Namun terdapat berbagai masalah moral, disiplin dan kelemahan akademik di kalangan sebilangan besar pelajar Melayu, terutamanya dari luar bandar. Untuk menjelaskannya, biarlah saya perincikan satu persatu.

Masalah Moral

Kita ketahui bahawa falsafah pendidikan negara terkini yang telah digubal pada akhir tahun 80an mementingkan pembangunan individu secara bersepadu yang merangkumi pembangunan mental, rohani, fizikal dan psikologi. Namun kita masih lagi mendapati gejala sosial semakin merebak terutama di kalangan remaja Melayu dalam bentuk penyalahgunaan dadah, seks tanpa perkahwinan, rogol, pembunuhan, lepak, bohsia dll. Antara faktor yang boleh membendung gejala sosial yang amat ngeri dan negatif adalah memperkukuhkan akhlak dan budi pekerti yang mulia, seperti yang dituntut oleh Islam. Akhlak pula adalah sesuatu yang bukan boleh ditunjuk ajar semata tetapi memerlukan contoh dan teladan yang baik serta bimbingan yang berterusan dari rumah hingga ke sekolah dan seterusnya ke masyarakat umum. Namun peranan
sekolah di sini ialah dalam melaksanakan pendidikan moral dan pendidikan Islam.

Selain dari itu, peranan ibu bapa dan penjaga juga amat penting kerana apa yang diajar di sekolah seharusnya sama seperti apa yang dilihat di rumah. Maka peranan ibu bapa juga amat penting dalam membangunkan sahsiah individu dalam masyarakat. Satu lagi masalah yang agak besar ialah teladan yang didapati dari masyarakat sama ada melalui media massa mahu pun melalui contoh sebenar agak berlawanan juga dengan apa yang cuba diajar kepada
mereka. Konflik seperti inilah amat merbahaya sekali kerana gejala yang negatif itulah yang paling pantas ditiru, sedangkan contoh teladan yang baik amat sukar dihayati.

Prestasi Akademik

Masalah prestasi akademik di kalangan pelajar Melayu terbahagi kepada dua jenis. Pertama prestasi pelajar Melayu lelaki yang rata-rata lebih rendah daripada prestasi pelajar Melayu perempuan. Kedua, rata-rata prestasi pelajar Melayu lebih lemah dari prestasi pelajar bukan Melayu. Kedua-dua masalah ini sudah menjadi masalah kebangsaan yang akan menjejaskan kedudukan dan kekuatan orang Melayu dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan budaya. Sekiranya dibiarkan juga, ia akan merosot dan boleh menghancurkan apa juga yang telah kita bina selama ini.

Masalah Keciciran Pelajar Melayu

Walau pun kita dapat berbangga dengan pencapaian anak Melayu dalam pelbagai bidang pada masa sekarang, berbanding dengan dua dekad yang lampau, namun kita tidak patut lupa kepada pelajar yang telah gagal mendapat kelulusan yang memungkinkan mereka mendapat tempat di institusi pengajian tinggi atau pun institusi latihan kemahiran/vokasional. Pada masa ini kita dapati tidak kurang daripada 100,000 pelajar lepasan SPM yang tidak langsung berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau dalam bidang\ kemahiran supaya mereka boleh mendapat pekerjaan yang lebih baikdari apa yang boleh mereka dapati dengan kelulusan begitu rendah di peringkat SPM. Masalah yang serupa juga berlaku di peringkat PMR.

Pencapaian Orang Melayu Dalam Bidang Profesional (Iktisas)

Kita harus melihat masalah ini dengan serius kerana bilangan orang Melayu dalam pelbagai bidang professional (iktisas) masih jauh kurang dari bilangan orang keturunan lain. Tidakkah kita harus menambah bilangan ini dengan menyediakan peluang latihan yang terperancang dan mempunyai matlamat yang jelas supaya kita ketahui bila dan bagaimana kita boleh memenuhi matlamat ini.

Pencapaian Orang Melayu Dalam Bidang Sains dan Teknologi

Adalah jelas bahawa bilangan pelajar Melayu di bangku sekolah, bahkan juga lepasan SPM yang cemerlang dalam bidang sains dan teknologi amat kurang sekali. Antara masalah yang telah pun dikenalpasti ialah terlalu kurangnya guru siswazah dalam bidang sains dan matematik di sekolah peringkat menengah. Guru siswazah yang ada lebih ramai yang berkelayakan sastera (kira-kira 70 – 80 peratus). Sudah tentulah guru siswazah berkelayakan sastera tidak mampu menghasilkan pelajar yang mahir dalam bidang sians dan matematik. Sedangkan kerajaan ingin
menyediakan pelajar sains dan sastera dengan nisbah 60 : 40 antara sains : sastera. Sepatutnya kita menyediakan guru siswazah berkelayakan sains sebanyak 60 peratus dan yang berkelayakan sastera sebanyak 40 peratus.

Agama dan Pembangunan Ummah

Apa yang masih berlaku dalam pendidikan agama di sekolah, madrasah, surau, masjid dan lain-lain ialah melihat agama sebagai hanya satu ritual. Oleh itu apa yang diajar hanyalah segala yang berkaitan dengan ibadat khusus, fardhu ‘ain dan juga fekah yang berkaitan dengan hampir setiap aspek hidup. Satu lagi aspek agama yang harus diajar ialah bagaimana ianya telah mampu membangunkan masyarakat jahiliah yang begitu kuno sehingga menjadi suatu masyarakat yang begitu kuat dari segi ekonomi, budaya, politik, intelek dan lain-lain. Sudah tentu Islam mempunyai kekuatan yang amat anih dan yunik. Islam dalam pembangunan manusia harus lebih luas dan mampu mempengaruhi manusia dalam serba serbi.

Sebenarnya, nasib orang Melayu masih lagi belum begitu baik dan masih memerlukan perancangan yang rapi bagi memastikan mereka dapat meneruskan peranan dalam negara yang akan menjadi serba moden tidak lama lagi. Masalah meritokrasi, lambat laun akan kita hadapi secara berhadapan, dan bukan boleh kita berselindung di belakang kota atau dasar lain. Dari sekarang kita harus mengejutkan orang Melayu untuk bersedia menangani masalah ini pada masa hadapan. Peranan ini harus dimainkan oleh semua pihak dan bukan oleh kerajaan semata.

Wassalam.....

p/s...Melayu Mudah .....

Memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Wednesday, October 8, 2008


Assalamulaikum...

Dalam era pendidikan di Malaysia masa kini sudah banyak berubah berbanding 10 dan 20 tahun yang dahulu. Dasar pendidikan juga berubah. Ini adalah kerana pendidikan tidak dapat lari dengan kesan globalisasi. Apa yang saya ingin huraikan dan bincangkan tentang Pendidikan Teknik dan Vokasional. Saya percaya ramai yang tidak begitu faham dan tahu apa itu Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). PTV bukan hanya sekadar sekolah teknik mahupun sekolah vokasional.Ia juga bukan sekadar pusat-pusat latihan kemahiran sahaja tetapi meliputi keseluruhan aspek kehidupan kita. Ada juga yang menganggap bahawa dunia PTV itu untuk orang yang tidak berjaya, second class course dan tidak bermutu. Justeru itu, dalam memperkasakan PTV ini, dasar telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia agar dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap bidang PTV.

Dasar Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) di Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memberikan akses, ekuiti dan Pendidikan yang berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan, kebolehan, minat dan bakat dalam bidang teknik, vokasional dan kemahiran.Dalam program memperkasakan PTV, KPM berhasrat untuk melonjakkan kecemerlangan pelajar dari kumpulan ini dari peringkat awal, guru dan sekolah sehingga boleh mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia.Adalah diharapkan program memperkasakan PTV ini akan dapat mengurangkan kadar keciciran dari sistem persekolahan dan menambah modal insan yang berkemahiran untuk membantu pembangunan negara. Bagi tujuan ini, KPM telah menyusun enam strategi utama iaitu:


i. Memperkasakan Kurikulum PTV melalui lepasan sekolah yang mempunyai laluan kerjaya yang jelas dan luas, mendapat pengiktirafan kemahiran dan mempunyai nilai tambah melalui penerapan keusahawanan yang merentas kurikulum. Melalui pemantapan kurikulum PTV, pelajar akan mempunyai pelbagai kemahiran (multi-skiling). Kemahiran pelajar akan diiktiraf oleh badan professional dan Sijil Kemahiran Malaysia. Disamping ini juga 2 buah Matrikulasi Teknikal akan diwujudkan pada tahun 2009 bagi memberikan laluan ke IPT dalam bidang Kejuruteraan.

ii. Penambahbaikan Sekolah Vokasional Baru dengan 5 buah sekolah vokasional baru dibina di lima koridor ekonomi di samping 2 buah sekolah baru di bawah Rancangan Malaysia ke 9. Penambahbaikan sekolah vokasional ini memberikan peluang yang lebih ramai kepada pelajar untuk mengikuti aliran vokasional dan kemahiran. Konsep sekolah vokasional baru ini berdasarkan kepada Production Based Education atau Pendidikan Berasaskan Produksi.

iii. Aliran Asas Kemahiran diperkenalkan kepada pelajar-pelajar seawall tingkatan 1 bertujuan untuk memperkukuhkan pembangunan sahsiah dan instruksional mereka disamping memberikan pendedahan awal asas kemahiran selama tiga tahun sebelum mereka membuat kursus mengikut minat dan kebolehan masing-masing. Aliran ini merupakan alternative kepada pelajar-pelajar yang bercenderungan tinggi terhadap kemahiran. Minat dan potensi pelajar akan dibimbing serta disalurkan kepada bidang-bidang yang dapat memenuhi keperluan negara. Oleh demikian, menjadi dasar KPM untuk memberikan peluang dan ruang kepada semua pelajar mendapat pendidikan dan kekal dalam sistem persekolahan. Ini secara langsung dapat membantu mengatasi keciciran pelajar di sekolah.

iv. KPM akan meningkatkan penglibatan industri dan badan professional dalam membantu meningkatkan keberkesanan perlaksanaan PTV khususnya bagi mencapai wawasan negara dan Misi Nasional yang memerlukan modal insan berkemahiran tinggi. Antara program yang telah dirangka adalah termasuk Latihan Sangkutan Industri Guru PTV yang bertujuan mendedahkan guru kepada persekitaran kerja sebenar, mendalami teknologi masa kini yang digunakan oleh industri untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan guru.

v. Dengan adanya penglibatan industri dan badan professional, pelajar akan didedahkan konsep perlaksanaan School Enterprise yang mengaplikasikan pengetahuan pelajar dengan persekitaran sebenar supaya menjadikan mereka pelajar yang kreatif, inovatif, proaktif, berdaya saing dan berdikari (self-employment). Konsep School Enterprise akan meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam mendalami pendidikan teknik dan vokasional. Gabungan pendidikan akademik dan Latihan kemahiran juga merupakan kesepaduan ilmu yang dapat membantu pelajar menjalinkan hubungan yang rapat dengan komuniti dan seterusnya membantu komuniti menjana ekonomi setempat. Dalam hal ini, peningkatan kualiti, kerja, menjana ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia.

vi. Bagi memastikan PTV terus releven, KPM akan meningkatkan hubungan dengan institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara. IPT ini akan menjadi mentor atau paying bagi melestarikan kecemerlangan PTV terutamanya dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan perlaksanaan. Hubungan ini juga akan membantu mengembangkan potensi sekolah, guru dan murid dengan lebih optimum terutamanya dalam aspek kebitaraan( niche areas) yang berupaya menyerlahkan watak serta melonjakkan kecemerlangan sekolah yang menawarkan PTV.

Semoga dengan informasi yang diberikan, dapatlah kita memahami secara umum apa itu bidang PTV. Jadi adalah satu peluang buat pelajar-pelajar di Malaysia agar faham apa itu PTV. Jangan terlalu rendah diri. Anda seharusnya bangga dengan status anda. Buktikan anda juga setaraf dengan pelajar-pelajar di sekolah berasrama penuh dan MRSM. Kepada pelajar politeknik, kolej komuniti dan kolej-kolej kemahiran yang lain, ingatlah bahawa anda juga ada peranan dalam pembangunan negara ini. Tingkatkan kemahiran dan tambah ilmu pengetahuan anda, saya yakin anda akan berjaya.



p/s...teringin nak masuk sekolah teknik....

Kembali

Tuesday, October 7, 2008

Assalamulaikum...

Sudah seminggu saya tidak menulis dalam ruangan blog saya. Buat makluman sahabat sekian, saya baru sahaja baik dari demam. Agak tidak menyenangkan keadaan saya seminggu yang lepas lebih-lebih lagi dalam suasana aidilfitri. Saya juga tidak sempat membalas ucapan sms dan e kad hari raya daripada kawan-kawan dan anak-anak murid saya. Saya mohon ampun dan maaf.

Namun berkat doa ibu bapa dan rakan-rakan, saya sudah kembali sembuh dan mampu melaksanakan tanggungjawab saya sebagai mahasiswa. Dateline untuk PSM pun hampir dekat. Buat sahabat-sahabat sekian, saya ucapkan selamat berjaya. Teruskan usaha dan banyakkan brdoa. Kepada bekas anak murid saya yang akan menghadapi PMR, cikgu doakan all the best and good luck. Minta doa dari ibu bapa dan guru-guru. Minta ditenangkan hati dan dilapangkan dada. Insyallah, akan dipermudahkan peperiksaan anda nanti.

Sekian sahaja buat kali ini. Wassalam...

p/s...baru lepas test sistem digit....

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Wednesday, October 1, 2008


Assalamulaikum...

Pada pagi 1 Syawal ini, saya dengan rendah diri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin. Saya juga ingin memohon seribu kemaafan jika saya melakukan sebarang kesilapan sepanjang saya hidup 22 tahun ini. Halalkan makan dan minum.

Harapan saya pada bulan yang mulia ini agar kita hentikan sengkata sesama kita. Semaikan nilai perpaduan lebih-lebih lagi sesama muslim. Elakan kita melakukan perkara yang tidak diredhai Allah. Sama-samalah kita berdoa agar negara kita dalam keadaan aman dan makmur sepanjang masa. Jangan dilupakan oleh diperantauan dan orang-orang yang memerlukan. Sumbangkanlah bantuan seberapa yang kita mampu.Kepada yang hendak balik ke kampung halaman, pandulah kenderaan dengan cermat dan berhati-hati.

Semoga Syawal ini memberikan seribu cahaya kemenangan kepada setipa muslim yang bersabar,Insyallah...

p/s...Ingat arwah Atuk