Perubahan?

Friday, October 10, 2008


Assalamulaikum....

Saya mengucapkan terima kasih ke atas pengirim komen terhadap tajuk saya yang lepas iaitu tentang dasar pendidikan kebangsaan. Memang benar sistem pendidikan di negara kita sering berubah. Namun itu biar saya memberikan pendapat saya tentang isu ini. Saya melihat keadaan ini dalam 2 situasi iaitu situasi jangka masa panjang dan situasi jangka masa pendek.

Sebelum saya mengulas tentang kedua-dua situasi tersebut, adakah kita berfikir mengapa dasar pendidikan di negara kita sering berubah? Banyak faktor yang boleh kita berikan iaitu dari segi keadaan globalisasi dunia sekarang dan pengaruh politik. Sebenarnya banyak lagi faktor yang boleh kita lihat dan analisis seperti faktor sosial dan ekonomi, namun cukup saya menerangkan tentang kedua-dua faktor yang saya beritahu awal tadi.

Dunia sekarang memaksa kita iaitu Malaysia sebagai negara membangun untuk bersaing dengan dunia luar. Kita tidak boleh membiarkan pengaruh globalisasi menyebabkan negara kita ketinggalan. Harus diingat, negara kita masih belum mencapai status negara maju. Sebagai negara membangun, kita mesti berusaha atau melakukan sesuatu agar kita kita ketinggalan jauh dengan negara-negara maju di luar sana. Jangan sesekali menyamakan sistem pendidikan kita dengan negara barat kerana keadaan sosiopolitik di negara kita cukup unik dan berbeza. Dunia yang memaksa kita berubah. Komputer, internet, multimedia, dan macam-macam lagi menyebabkan dunia pendidikan kita turut merasai tempiasnya.

Dari segi politik pula, adalah menjadi kebiasaan bagi setiap menteri pendidikan yang dilantik akan melakukan satu gagasan atau dasarnya sendiri. Jika dulu Anwar Ibrahim dengan KBSM dan KBSRnya, Najib Tun Abd Razak dengan Sekolah Bestarinya dan terbaru Hishamuddin dengan PIPP nya. Namun begitu apa yang dilakukan oleh tokoh-tokoh politik tersebut adalah memastikan dunia pendidikan negara sentiasa releven. Rancangan Malaysia melihatkan betapa tinggi nilainya sektor pendidikan di mata kerajaan bagi menghasilkan modal insan yang berkualiti pada masa akan datang. Bagi saya, setiap dasar yang dijalankan oleh sebenarnya baik dan bagus namun negara kita masih lagi lemah dari segi penyampaian dan pelaksanaannya. Seabagai contoh, jika dilihat dasar KBSM seharusnya pelajar-pelajar kita mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa tetapi ianya tidak berjaya secara menyeluruh. Satu lagi, tentang dasar pembestarian sekolah, sepatutnya pelajar-pelajar kita mampu mengekses dan mengetahui pengetahuan dan asas ICT, namun apa yang berlaku, makmal komputer tidak dapat disiapkan mengikut jadual, komputer tidak mencukupi dan sebagainya. Perkara-perkara sedemikian adalah penghalang kepada dasar yang mereka bangunkan.

Baiklah, perubahan dasar pendidikan di negara kita sebenarnya adalah memastikan hasil pelajar yang kita pada masa akan datang mampu menyumbang ke arah pembangunan negara. Walaupun pelbagai gagasan dan idea yang dilontarkan, bagi saya dasar pendidikan negara kita tidak jauh berbeza. Outputnya tetap sama. Mengahasilkan modal insan yang glokal mengikut acuan kita sendiri. Dari Penyata Razak ke PIPP, sebenarnya kita hendak pelajar kita seimbang dari semua aspek. Justeru itu, walaupun dasar pendidikan berubah, tetapi falsafahnya tetap sama. Jika kita lihat Falsafah Pendidikan Negara,

"pendidikan di Malaysia adalah usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, keterampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."
Maka, apa yang berlaku dalam dunia pendidikan kita adalah seiring dengan perubahan pada masa akan datang. Namun, bagi menghasilkan kejayaan yang total, setiap perancangan hendak diteliti dan mampu dilaksanakan tanpa sebarang kompromi. Ini kerana KEGAGALAN dasar yang dijalankan akan menyebabkan bangsa Malaysia yang menjadi mangsanya. Fikir-fikirkan.....

p/s....pikir untuk anak cucu kita...

0 comments: