Assalamulaikum...
Sistem pendidikan kebangsaan mengandungi beberapa unsur penting yang antara lain, terdiri daripada:
• peringkat pendidikan dari yang paling bawah ke tahap yang paling tinggi
• jumlah tempoh pengajian bagi setiap peringkat
• kurikulum bagi setiap peringkat dan jurusan
• sistem penilaian dan jenis sijil atau kelulusan yang dikeluarkan
• sistem pentadbiran, kewangan, pemantauan dan pengawalan
• latihan dan skim perguruan
Sekiranya dilihat dari segi sistem yang telah disedia dan dilaksanakan selama ini, terdapat usaha yang gigih untuk memperbaikinya dari semasa ke masa. Sekiranya ditinjau secara halus dari segi hasil dasar dan sistem pendidikan kebangsaan, seharusnya ia mampu mengeluarkan pelajar yang berilmu, bermoral (akhlaq), beradab dan bersopan, seorang individu yang boleh menjadi warga negara yang cukup baik. Namun terdapat berbagai masalah moral, disiplin dan kelemahan akademik di kalangan sebilangan besar pelajar Melayu, terutamanya dari luar bandar. Untuk menjelaskannya, biarlah saya perincikan satu persatu.
Masalah Moral
Kita ketahui bahawa falsafah pendidikan negara terkini yang telah digubal pada akhir tahun 80an mementingkan pembangunan individu secara bersepadu yang merangkumi pembangunan mental, rohani, fizikal dan psikologi. Namun kita masih lagi mendapati gejala sosial semakin merebak terutama di kalangan remaja Melayu dalam bentuk penyalahgunaan dadah, seks tanpa perkahwinan, rogol, pembunuhan, lepak, bohsia dll. Antara faktor yang boleh membendung gejala sosial yang amat ngeri dan negatif adalah memperkukuhkan akhlak dan budi pekerti yang mulia, seperti yang dituntut oleh Islam. Akhlak pula adalah sesuatu yang bukan boleh ditunjuk ajar semata tetapi memerlukan contoh dan teladan yang baik serta bimbingan yang berterusan dari rumah hingga ke sekolah dan seterusnya ke masyarakat umum. Namun peranan
sekolah di sini ialah dalam melaksanakan pendidikan moral dan pendidikan Islam.
Selain dari itu, peranan ibu bapa dan penjaga juga amat penting kerana apa yang diajar di sekolah seharusnya sama seperti apa yang dilihat di rumah. Maka peranan ibu bapa juga amat penting dalam membangunkan sahsiah individu dalam masyarakat. Satu lagi masalah yang agak besar ialah teladan yang didapati dari masyarakat sama ada melalui media massa mahu pun melalui contoh sebenar agak berlawanan juga dengan apa yang cuba diajar kepada
mereka. Konflik seperti inilah amat merbahaya sekali kerana gejala yang negatif itulah yang paling pantas ditiru, sedangkan contoh teladan yang baik amat sukar dihayati.
Prestasi Akademik
Masalah prestasi akademik di kalangan pelajar Melayu terbahagi kepada dua jenis. Pertama prestasi pelajar Melayu lelaki yang rata-rata lebih rendah daripada prestasi pelajar Melayu perempuan. Kedua, rata-rata prestasi pelajar Melayu lebih lemah dari prestasi pelajar bukan Melayu. Kedua-dua masalah ini sudah menjadi masalah kebangsaan yang akan menjejaskan kedudukan dan kekuatan orang Melayu dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan budaya. Sekiranya dibiarkan juga, ia akan merosot dan boleh menghancurkan apa juga yang telah kita bina selama ini.
Masalah Keciciran Pelajar Melayu
Walau pun kita dapat berbangga dengan pencapaian anak Melayu dalam pelbagai bidang pada masa sekarang, berbanding dengan dua dekad yang lampau, namun kita tidak patut lupa kepada pelajar yang telah gagal mendapat kelulusan yang memungkinkan mereka mendapat tempat di institusi pengajian tinggi atau pun institusi latihan kemahiran/vokasional. Pada masa ini kita dapati tidak kurang daripada 100,000 pelajar lepasan SPM yang tidak langsung berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau dalam bidang\ kemahiran supaya mereka boleh mendapat pekerjaan yang lebih baikdari apa yang boleh mereka dapati dengan kelulusan begitu rendah di peringkat SPM. Masalah yang serupa juga berlaku di peringkat PMR.
Pencapaian Orang Melayu Dalam Bidang Profesional (Iktisas)
Kita harus melihat masalah ini dengan serius kerana bilangan orang Melayu dalam pelbagai bidang professional (iktisas) masih jauh kurang dari bilangan orang keturunan lain. Tidakkah kita harus menambah bilangan ini dengan menyediakan peluang latihan yang terperancang dan mempunyai matlamat yang jelas supaya kita ketahui bila dan bagaimana kita boleh memenuhi matlamat ini.
Pencapaian Orang Melayu Dalam Bidang Sains dan Teknologi
Adalah jelas bahawa bilangan pelajar Melayu di bangku sekolah, bahkan juga lepasan SPM yang cemerlang dalam bidang sains dan teknologi amat kurang sekali. Antara masalah yang telah pun dikenalpasti ialah terlalu kurangnya guru siswazah dalam bidang sains dan matematik di sekolah peringkat menengah. Guru siswazah yang ada lebih ramai yang berkelayakan sastera (kira-kira 70 – 80 peratus). Sudah tentulah guru siswazah berkelayakan sastera tidak mampu menghasilkan pelajar yang mahir dalam bidang sians dan matematik. Sedangkan kerajaan ingin
menyediakan pelajar sains dan sastera dengan nisbah 60 : 40 antara sains : sastera. Sepatutnya kita menyediakan guru siswazah berkelayakan sains sebanyak 60 peratus dan yang berkelayakan sastera sebanyak 40 peratus.
Agama dan Pembangunan Ummah
Apa yang masih berlaku dalam pendidikan agama di sekolah, madrasah, surau, masjid dan lain-lain ialah melihat agama sebagai hanya satu ritual. Oleh itu apa yang diajar hanyalah segala yang berkaitan dengan ibadat khusus, fardhu ‘ain dan juga fekah yang berkaitan dengan hampir setiap aspek hidup. Satu lagi aspek agama yang harus diajar ialah bagaimana ianya telah mampu membangunkan masyarakat jahiliah yang begitu kuno sehingga menjadi suatu masyarakat yang begitu kuat dari segi ekonomi, budaya, politik, intelek dan lain-lain. Sudah tentu Islam mempunyai kekuatan yang amat anih dan yunik. Islam dalam pembangunan manusia harus lebih luas dan mampu mempengaruhi manusia dalam serba serbi.
Sebenarnya, nasib orang Melayu masih lagi belum begitu baik dan masih memerlukan perancangan yang rapi bagi memastikan mereka dapat meneruskan peranan dalam negara yang akan menjadi serba moden tidak lama lagi. Masalah meritokrasi, lambat laun akan kita hadapi secara berhadapan, dan bukan boleh kita berselindung di belakang kota atau dasar lain. Dari sekarang kita harus mengejutkan orang Melayu untuk bersedia menangani masalah ini pada masa hadapan. Peranan ini harus dimainkan oleh semua pihak dan bukan oleh kerajaan semata.
Wassalam.....
p/s...Melayu Mudah .....
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
2 comments:
salam..
kenapa sisitem pendidikan kita asyik bertukar erk? Macam sistem bolasepak LIGA M kita jugak...????
betul kata mamat....
ingat sistem pendidikan ne main-main ke?
asyik buat eksperimen pe?
Post a Comment