Assalamulaikum...
Dalam era pendidikan di Malaysia masa kini sudah banyak berubah berbanding 10 dan 20 tahun yang dahulu. Dasar pendidikan juga berubah. Ini adalah kerana pendidikan tidak dapat lari dengan kesan globalisasi. Apa yang saya ingin huraikan dan bincangkan tentang Pendidikan Teknik dan Vokasional. Saya percaya ramai yang tidak begitu faham dan tahu apa itu Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). PTV bukan hanya sekadar sekolah teknik mahupun sekolah vokasional.Ia juga bukan sekadar pusat-pusat latihan kemahiran sahaja tetapi meliputi keseluruhan aspek kehidupan kita. Ada juga yang menganggap bahawa dunia PTV itu untuk orang yang tidak berjaya, second class course dan tidak bermutu. Justeru itu, dalam memperkasakan PTV ini, dasar telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia agar dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap bidang PTV.
Dasar Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) di Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memberikan akses, ekuiti dan Pendidikan yang berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan, kebolehan, minat dan bakat dalam bidang teknik, vokasional dan kemahiran.Dalam program memperkasakan PTV, KPM berhasrat untuk melonjakkan kecemerlangan pelajar dari kumpulan ini dari peringkat awal, guru dan sekolah sehingga boleh mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia.Adalah diharapkan program memperkasakan PTV ini akan dapat mengurangkan kadar keciciran dari sistem persekolahan dan menambah modal insan yang berkemahiran untuk membantu pembangunan negara. Bagi tujuan ini, KPM telah menyusun enam strategi utama iaitu:
i. Memperkasakan Kurikulum PTV melalui lepasan sekolah yang mempunyai laluan kerjaya yang jelas dan luas, mendapat pengiktirafan kemahiran dan mempunyai nilai tambah melalui penerapan keusahawanan yang merentas kurikulum. Melalui pemantapan kurikulum PTV, pelajar akan mempunyai pelbagai kemahiran (multi-skiling). Kemahiran pelajar akan diiktiraf oleh badan professional dan Sijil Kemahiran Malaysia. Disamping ini juga 2 buah Matrikulasi Teknikal akan diwujudkan pada tahun 2009 bagi memberikan laluan ke IPT dalam bidang Kejuruteraan.
ii. Penambahbaikan Sekolah Vokasional Baru dengan 5 buah sekolah vokasional baru dibina di lima koridor ekonomi di samping 2 buah sekolah baru di bawah Rancangan Malaysia ke 9. Penambahbaikan sekolah vokasional ini memberikan peluang yang lebih ramai kepada pelajar untuk mengikuti aliran vokasional dan kemahiran. Konsep sekolah vokasional baru ini berdasarkan kepada Production Based Education atau Pendidikan Berasaskan Produksi.
iii. Aliran Asas Kemahiran diperkenalkan kepada pelajar-pelajar seawall tingkatan 1 bertujuan untuk memperkukuhkan pembangunan sahsiah dan instruksional mereka disamping memberikan pendedahan awal asas kemahiran selama tiga tahun sebelum mereka membuat kursus mengikut minat dan kebolehan masing-masing. Aliran ini merupakan alternative kepada pelajar-pelajar yang bercenderungan tinggi terhadap kemahiran. Minat dan potensi pelajar akan dibimbing serta disalurkan kepada bidang-bidang yang dapat memenuhi keperluan negara. Oleh demikian, menjadi dasar KPM untuk memberikan peluang dan ruang kepada semua pelajar mendapat pendidikan dan kekal dalam sistem persekolahan. Ini secara langsung dapat membantu mengatasi keciciran pelajar di sekolah.
iv. KPM akan meningkatkan penglibatan industri dan badan professional dalam membantu meningkatkan keberkesanan perlaksanaan PTV khususnya bagi mencapai wawasan negara dan Misi Nasional yang memerlukan modal insan berkemahiran tinggi. Antara program yang telah dirangka adalah termasuk Latihan Sangkutan Industri Guru PTV yang bertujuan mendedahkan guru kepada persekitaran kerja sebenar, mendalami teknologi masa kini yang digunakan oleh industri untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan guru.
v. Dengan adanya penglibatan industri dan badan professional, pelajar akan didedahkan konsep perlaksanaan School Enterprise yang mengaplikasikan pengetahuan pelajar dengan persekitaran sebenar supaya menjadikan mereka pelajar yang kreatif, inovatif, proaktif, berdaya saing dan berdikari (self-employment). Konsep School Enterprise akan meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam mendalami pendidikan teknik dan vokasional. Gabungan pendidikan akademik dan Latihan kemahiran juga merupakan kesepaduan ilmu yang dapat membantu pelajar menjalinkan hubungan yang rapat dengan komuniti dan seterusnya membantu komuniti menjana ekonomi setempat. Dalam hal ini, peningkatan kualiti, kerja, menjana ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia.
vi. Bagi memastikan PTV terus releven, KPM akan meningkatkan hubungan dengan institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara. IPT ini akan menjadi mentor atau paying bagi melestarikan kecemerlangan PTV terutamanya dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan perlaksanaan. Hubungan ini juga akan membantu mengembangkan potensi sekolah, guru dan murid dengan lebih optimum terutamanya dalam aspek kebitaraan( niche areas) yang berupaya menyerlahkan watak serta melonjakkan kecemerlangan sekolah yang menawarkan PTV.
Semoga dengan informasi yang diberikan, dapatlah kita memahami secara umum apa itu bidang PTV. Jadi adalah satu peluang buat pelajar-pelajar di Malaysia agar faham apa itu PTV. Jangan terlalu rendah diri. Anda seharusnya bangga dengan status anda. Buktikan anda juga setaraf dengan pelajar-pelajar di sekolah berasrama penuh dan MRSM. Kepada pelajar politeknik, kolej komuniti dan kolej-kolej kemahiran yang lain, ingatlah bahawa anda juga ada peranan dalam pembangunan negara ini. Tingkatkan kemahiran dan tambah ilmu pengetahuan anda, saya yakin anda akan berjaya.
p/s...teringin nak masuk sekolah teknik....
4 comments:
boleh x nak tahu sumber matlumat kt atas ni...??
kamu rbt ka?
salam....blh tak detailkn tentang memperkasakan ptv ni
salam bleh x lagi manyak tentag kokurikulum ptv membentuk pekerja berpengetahuan.....boleh tau x sumber maklumat maklumat kat aras....buku or artikel o jurnal..yang berkaitan maklumat kat atas...
Post a Comment