Syukur...

Sunday, October 26, 2008


Assalamulaikum...

Sudah seminggu saya tidak menulis. Saya sibuk dalam menghabiskan masa saya dengan PSM saya dan minggu lepas 21hb saya mempersembahkan PSM saya untuk dinilai. Syukur ke hadrat Allah, segala urusan dan perjalanan PSM2 saya berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima Kasih kepada penyelia dan panel penilai kerana tanpa mereka PSM saya tidak akan berjaya dihabiskan.

Tidak dinafikan bahawa setelah saya membentangkan PSM saya kepada panel penilai, hati saya sangat lega. Lebih-lebih lagi persembahan saya kali ini lebih baik dari Seminar PSM 1 semester lepas. Tiada kritikan dan kesalahan yang besar kali ini malah yang membuatkan saya berbesar hati projek saya dipuji oleh ketua penilai iaitu Dr Razali Hassan.

Sebenarnya, tidak ramai yang tahu bahawa saya pernah berputus asa untuk mengambil PSM ini pada semester lepas. Sebenarnya saya ingin membuat satu kajian tentang konsep kendiri atao self actualsime in PTV, tetapi tajuk saya ditolak oleh penyeleras. Ketika itu, saya sangat kecewa dan marah kerana bukan kerana tajuk saya menyebabkan tajuk ini ditolak, tetapi terpaksa akur dengan sistem kuota yang diamalkan oleh fakulti. Mnurut penyeleras hanya 30% sahaja tajuk diterima untuk kajian sosial dan pendidikan yang baki harus membuat product based.

Ketika itu juga saya dapat seorang penyelia yang boleh dikatakan "tidak" mampu membantu saya dalam PSM. Tapi saya tahu bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya. Apa yang saya fikirkan hanyalah persepsi saya sahaja. Jadi saya berusaha untuk lakukannya. Dengan berkat doa ibu dan ayah, Alhamdulliah, saya berjaya menangani dengan baik.

Ujian terbesar adalah persembahan PSM 1 saya pada semester lepas. Saya dikritik hebat, malah penulisan saya turut "out" kata panel penilai, malah kemampuan saya turut dipersoal. Namun saya ambil sebagai satu cabaran..

Segala tenaga dan usaha saya habiskan untuk PSM2 saya ini. Buat pengetahuan sahabat semua, tajuk PSM saya adalah" PEMBANGUNAN CD INTERAKTIF SEBAGAI ABBM BAGI MATAPELAJARAN TEKNOLOGI INDUSTRI ELEKTRIK DI UTHM". Untuk membangunkan satu koswer bukanlah semuadah yang disangkakan. Ramai sahabat saya yang membuat koswer terpaksa menangguhkan projek mereka pada semester depan. Namun saya sangat-sangat bersyukur yang saya telah berjaya habiskan dan bangunkan koswer dengan berjaya. Saya tahu bahawa doa dan berkat ibu bapalah membuatkan urusan saya dipermudahkan Allah. Thanks mama dan ayah!

Saya rasa cukuplah coretan saya pada hari ini. Semoga hari-hari kita selalu ceria dan diberkati Allah. Insyallah..

p/s...Sekarang tengah mahirkan authorware pulak....)

0 comments: