Aku, Warden, dan ..........

Friday, January 16, 2009

Assalamulaikum,

Hari ini merupakan Hari Jumaat. Di Kedah merupakan hari cuti. Seminggu sudah saya menjalani latihan mengajar di Sekolah Menengah Teknik Alor Star. Sejenak saya terfikir, ianya mengenang sejenak kenangan saya ketika saya duduk di asrama. Disini sekolah ini, saya dilantik oleh pihak sekolah sebagai Warden dan saya juga menginap di asrama. Wau...satu perkara yang saya tidak pernah pikir dalam hidup saya. Saya masih ingat ketika saya tingkatan 4, saya selalu memperlekehkan tugas warden di asrama.(ketika itu pikiran saya masih cetek), sekarang saya adalah WARDEN!!!!!

Sepanjang pemerhatian seminggu saya di asrama ini, pelajar-pelajar sini bolehlah dikatakan baik. Ini kerana sekolah teknik ini adalah antara sekolah teknik terbaik di Malaysia, jadi pelajar-pelajar disini adalah cerdik..Saya berdepan dengan pelajar yang mempunyai akal yang cerdik tetapi nakal....susah untuk dijangka....

Namun begitu saya akan cuba yang terbaik untuk jalankan tanggungjawab ini. Saya akan menggunakan pengalaman saya sebagai bekas pelajar asrama selama 7 tahun..Insyallah, saya akan jadi sebagai warden yang mesra pelajar...)

p/s...teringat cikgu radzi

Yahudi VS Islam ?

Wednesday, January 14, 2009


Assalaumulaikum...

Sejak 20 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada20 00.org/Powerful- Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya) . Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam. Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's) , Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia. Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universi ti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan. Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.


p/s...Mari doakan sahabat-sahabat kita di Palestin sana..

Perspektif ku...

Wednesday, January 7, 2009


Assalamulaikum....

Salam tahun baru hijrah dan masihi kepada seluruh sahabat-sahabat sekian. Setelah sekian lamanya saya tidak mengupdate blog, akhirnya saya berjaya juga menulis dalam tahun baru ini.

Ya, tahun baru, seharusnya azam dan semangat yang baru. Bagaimana dengan sahabat sekian? Dalam tahun ini, Insyallah, akan terdapat beberapa perubahan yang akan saya ketengahkan untuk dikongsi bersama. Dengan nama yang baru, "My Perspective" atau perspektif ku, akan saya ketengahkan lagi pandangan dan pendapat saya dalam pelbagai isu dan masalah. Selain itu, saya lebih suka jika kita lebih berkongsi dan bertukar-tukar idea dan ilmu agar ianya dapat berkembang, Insyallah.

Selain itu, saya awal-awal lagi ingin meminta maaf jika saya agak lama untuk menulis dalam blog ini kerana saya akan bermula latihan mengajar saya di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Kedah bermula 11hb Januari ini. Jika di sana tidak mempunyai masalah dengan internet, Insyaallah saya akan sentiasa menulis, tetapi jika tidak, masalah tersebut tidak dapat saya elakkan. Namun begitu, ianya tidak akan mematahkan semanagat saya untuk menulis, insyallah, jika ada masa, saya akan cuba curi-curi untuk postkan blog ini.

Sekian sahaja untuk hari ini. Doakan saya untuk latihan mengajar saya nanti. Doakan juga agar perjalanan saya ke Kedah selamat, Insyaallah. Sampai sini sahaja.

Wassalam....

p/s...Mari doakan saudara dan sahabat kita di Palestin....

Perjalanan Yang Jauh

Tuesday, December 16, 2008

Asssalamulaikum...

Sudah berbulan saya tidak menulis dalam blog saya ini. Malah sepanjang sebulan ini juga saya tidak langsung menjenguk dan melihat blog saya ini. Mengapa? Saya juga tidak tahu. Banyak yang berlaku sepanjang saya tidak menulis. Banyak juga peristiwa-peristiwa yang menyebabkan saya berhenti seketika untuk menulis. Namun begitu, bukan kerana saya ingin berhenti daripada menulis. Saya cuma ingin berehat. Yeah, saya perlukan rehat yang secukupnya.

Sebenarnya saya ada sesuatu untuk tahun baru yang mendatang. Pasti dalam keadaan baru dan berubah. Dalam perancangan saya, banyak perkara yang saya ingin lakukan tahun depan. Tunggulah..

Saya rasa cukuplah buat hari ini. Sekian....

Tazkirah Jumaat

Friday, November 7, 2008

Assalamulaikum....

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat..Wallahualam.


p/s..minggu final...

Pakej Ibadah Qurban & Aqiqah Untuk Anak Yatim & Penduduk di Aceh, Indonesia.

Saturday, November 1, 2008



Assalamulaikum...

Pada tahun 2004, satu gempa bumi yang besar telah berlaku di Lautan Hindi, berhampiran Aceh, Indonesia mengakibatkan berlakunyaombak besar Tsunami yang melanda kawasan-kawasan pantai di selatan Asia, Sumatera Utara, Thailand dan Malaysia. Gempa bumi sekuat 9.0 skala Ritcher ini berlaku pada jam 8.58 pagi (waktu Malaysia) telah mengakibatkan satu trauma yang sangat mendalam kepada mangsa-mangsa yang terselamat terutamanya kanak-kanak.

Atas dasar prihatin sahabat saya, pada 13 April 2007 sebuah organisasi yang trdiri daripada 20 orang pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah ditubuh dan dinamakan Sekretariat Ad-Hoc Sinar D'Aceh 2007 dan hasilnya satu program bakti siswa sulung diadakan di luar negara iaitu di Nanggroe Aceh Darussalam, Indonesia. Secara keseluruhannya, program tersebut telah berjaya berjalan dengan lancar.

Menjelang Aidiladha yang akan datang, pihak Sekretariat dengan kerjasama pejabat HEP UTHM sekali lagi akan menganjurkan SINAR D'ACEH 2 2008 bagi meneruskan usaha-usaha membantu mangsa-mangsa Tsunami tersebut.

Sehubungan dengan itu, saya mewakili sahabat saya yang telah berusaha keras dan ikhlas dalam membantu mereka yang memerlukan ingin membuka peluang kepada seluruh rakyat Malysia untuk bersama-sama meringankan beban mreka dengan menyertai PAKEJ IBADAH QURBAN & AQIQAH UNTUK ANAK YATIM & PENDUDUK DI ACEH, INDONESIA.

Saya berharap sahabat-sahabat saya yang berminat boleh terus menghubungi saya ataupun sahabat saya iaitu Saudara Kamil untuk mendapatkan maklumat lanjut. Semoga usaha yang kita lakukan ini akan diterima Allah, Insyallah.


Untuk makluman pakej Aqiqah sila klik pada gambar diatas.
Untuk makluman bagaimana dan cara untuk menderma dan membantu, sila hubungi

Saudara Mohd Kamil Bin Ahmad Tajuddin
alkammil@gmail.com
0137599745

ataupun anda boleh menghantar komen dalam blog ini.

Kerana Wanita Ingin Dimengerti...

Thursday, October 30, 2008


Assalamulaikum...


Selama ini kita kaum lelaki hanya ingin perempuan untuk memahami kita tanpa ingin memahami hati dan perasaan mereka. Akibat dari kejahilan ini, berlakulah keretakan dan kedinginan sebuah hubungan. Untuk lelaki sekian, saya hendak kongsikan tips untuk memahami hati dan perasaan seorang wanita.Saya peroleh tips ini dari seorang sahabat perempuan saya. Semoga dapat manfaat....hehehe

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.(yeke...?)

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!(susah ni...!)

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!(patutla)

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

p/s...suka dengar lagu ada band "kerana wanita ingin dimengerti"

Wasiat Seorang Pencinta Ilmu..

Wednesday, October 29, 2008


Assalamulaikum.....


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

1: HAK KEPADA DIRI.
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada engan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI S.A.W
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

p/s...Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Tips Jadi Perempuan Yang Hebat.....

Tuesday, October 28, 2008


Assalamulaikum...

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi ibu juga, ayah, suami dan pipi anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan
perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga,
dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik ?....

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan)
sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin
bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya
akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang
terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua
dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang
akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang
merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu'
dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan
bercahaya di akhirat.

p/s..Lelaki yang Hebat datang dari seorang ibu yang hebat!

Syukur...

Sunday, October 26, 2008


Assalamulaikum...

Sudah seminggu saya tidak menulis. Saya sibuk dalam menghabiskan masa saya dengan PSM saya dan minggu lepas 21hb saya mempersembahkan PSM saya untuk dinilai. Syukur ke hadrat Allah, segala urusan dan perjalanan PSM2 saya berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima Kasih kepada penyelia dan panel penilai kerana tanpa mereka PSM saya tidak akan berjaya dihabiskan.

Tidak dinafikan bahawa setelah saya membentangkan PSM saya kepada panel penilai, hati saya sangat lega. Lebih-lebih lagi persembahan saya kali ini lebih baik dari Seminar PSM 1 semester lepas. Tiada kritikan dan kesalahan yang besar kali ini malah yang membuatkan saya berbesar hati projek saya dipuji oleh ketua penilai iaitu Dr Razali Hassan.

Sebenarnya, tidak ramai yang tahu bahawa saya pernah berputus asa untuk mengambil PSM ini pada semester lepas. Sebenarnya saya ingin membuat satu kajian tentang konsep kendiri atao self actualsime in PTV, tetapi tajuk saya ditolak oleh penyeleras. Ketika itu, saya sangat kecewa dan marah kerana bukan kerana tajuk saya menyebabkan tajuk ini ditolak, tetapi terpaksa akur dengan sistem kuota yang diamalkan oleh fakulti. Mnurut penyeleras hanya 30% sahaja tajuk diterima untuk kajian sosial dan pendidikan yang baki harus membuat product based.

Ketika itu juga saya dapat seorang penyelia yang boleh dikatakan "tidak" mampu membantu saya dalam PSM. Tapi saya tahu bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya. Apa yang saya fikirkan hanyalah persepsi saya sahaja. Jadi saya berusaha untuk lakukannya. Dengan berkat doa ibu dan ayah, Alhamdulliah, saya berjaya menangani dengan baik.

Ujian terbesar adalah persembahan PSM 1 saya pada semester lepas. Saya dikritik hebat, malah penulisan saya turut "out" kata panel penilai, malah kemampuan saya turut dipersoal. Namun saya ambil sebagai satu cabaran..

Segala tenaga dan usaha saya habiskan untuk PSM2 saya ini. Buat pengetahuan sahabat semua, tajuk PSM saya adalah" PEMBANGUNAN CD INTERAKTIF SEBAGAI ABBM BAGI MATAPELAJARAN TEKNOLOGI INDUSTRI ELEKTRIK DI UTHM". Untuk membangunkan satu koswer bukanlah semuadah yang disangkakan. Ramai sahabat saya yang membuat koswer terpaksa menangguhkan projek mereka pada semester depan. Namun saya sangat-sangat bersyukur yang saya telah berjaya habiskan dan bangunkan koswer dengan berjaya. Saya tahu bahawa doa dan berkat ibu bapalah membuatkan urusan saya dipermudahkan Allah. Thanks mama dan ayah!

Saya rasa cukuplah coretan saya pada hari ini. Semoga hari-hari kita selalu ceria dan diberkati Allah. Insyallah..

p/s...Sekarang tengah mahirkan authorware pulak....)

Sharing is loving..

Friday, October 17, 2008




Hari itu-selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang ke K.Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,
saya menyusuri laluan lama.Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu.Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum.Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajanya."Tak apalah dik...abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja."Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa
menghampiri meja saya."Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang..Pakcik...kakak atau makcik. "Baik budi bahasanya!
Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun."Abg dah kenyang, tapi mungkin ang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang,ibu atau ayah abang.katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya." Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.
Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawab pertanyaannya."Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat keratpada saya."Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah.
Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar. Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu."Abg nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata."RM25 saja bang.....!Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya??Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasarkesian,tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya,
siapa kita sebenarnya!!!



(Ini bukanlah kisah pengalaman saya, tetapi kisah seorang sahabat yang ingin kongsikan cerita ini dalam blog saya. Semoga mendapat iktibar dari kisah sahabat kita ini. Saya seronok dapat berkongsi cerita ini dengan sahabat-sahabat lain. Betul kata orang, "Sharing is loving..."

p/s...pernah bekerja salesman jual stokin...

Ancaman atau Peringatan?

Thursday, October 16, 2008


Assalamulaikum.......

Mingguan Utusan ahad lalu telah menyiarkan satu karya atau cerpen yang agak berani. Cerpen tersebut membawa pelbagai tafsiran dan andaian. Di satu pihak mengatakan ianya satu ancaman dan di satu pihak pula ianya satu peringatan agar berhati-hati dengan tindak tanduk dan kata-kata. Saya sebenarnya sudah muak mendengar isu perkauman sejak akhir-akhir ini. Tidak kiralah dari pihak kerajaan atau pihak pembangkang. Yang terbaru, isu asal asul penduduk di tanah melayu ini oleh Ketua Wanita Gerakan. Saya pun rasa hairan mana buku sejarah yang beliau pakai sampai kata Melayu pun juga pendatang!! Nama pun tanah "Melayu"kan..Nusantara pun dalam lingkungan "Melayu"kan..Ada nusantara dikatakan dalam lingkungan cina atau india? Lainlah kalau Malaysia ini berada di luar nusantara. Kalau kita di Hong kong atau Taiwan, barulah Melayu dikatakan pendatang kan?

Sebenarnya dalam konteks Malaysia, "mereka-mereka" ini kena faham SEJARAH!!!! Janganlah suka hati membuat andaian dengan hanya mendengar dari mana-mana sumber. Tanya, dan belajar. Saya sudah lama perhatikan gelagat kaum lain dalam mempelajari sejarah. Sepanjang saya menjadi guru ganti sejarah, terus terang saya katakan kaum lain tidak amat berminat untuk menghayati langsung dengan sejarah Malaysia. Mungkin juga tidak banyak cerita tentang mereka dalam sejarah Malaysia..hehehe...

Terpulanglah, yang penting pikirlah dulu sebelum cakap. Tidak salah untuk membuat perubahan tetapi ingat biarlah perubahan yang kita lakukan ke arah yang lebih baik dan stabil bukan lebih teruk. Jangan kerana kita rasa kita sudah kuat pada hari ini, kita akan kuat selama-lamanya.

p/s..xnk menang kalau kampung tergadai....

Outcome–based Education (OBE)

Wednesday, October 15, 2008

Assalamulakum...

Today the issue is little bit interesting. Do you know OBE? OBE is a method of curriculum design and teaching that focuses on what students can actually do after they are taught.In recent years greater attention is being paid to evaluate the outcomes of education to account for the returns of investments made in education (particularly public education). These increasing calls for accountability were a major reason for the rapid spread of various forms of outcome-based education in countries such as USA, UK and Australia during 1980 and 1990s. Likewise in Singapore, the recent development in the educational reforms towards knowledge economy and higher order economic efficiency call for quality and accountability in education. OBE addresses the key questions as:

-What do you want the students to learn?
-Why do you want them to learn it?
-How can you best help students learn it?
-How will you know what they have learnt?

Thus, the OBE’s instructional planning process is a reverse of that associated with traditional educational planning. The desired outcome is selected first and the curriculum, instructional materials and assessments are created to support the intended outcome (Spady 1988; 1993). All curriculum and teaching decisions are made based on how best to facilitate the desired final outcome.

Why OBE? OBE is able to measure—‘what the students are capable of doing’—something which the traditional education system often fails to do. For example, assessment methods in a conventional education system often grade students based on their ability to choose a correct answer from a group of four or five possible answers. Such practices do not allow students to demonstrate what they have learnt. Then, OBE goes beyond ‘structured tasks’ (e.g. memorisation) by demanding that students demonstrate his/her skills through more challenging tasks like writing project proposals and completing the projects, analyzing case studies and giving case presentations etc. Such exercises require students to practice and demonstrate their ability to think, question, research, make decisions and give presentations. Thus, OBE involves students in a complete course of learning—from developing their skills in designing to completing a whole process (Spady, 1994a, 1995). OBE also identifies higher levels of thinking (e.g. creativity, ability to analyze and synthesize information, ability to plan and organize tasks). Such skills are emphasized especially when students are assigned to organize and work as a community or entrepreneurial service teams to propose solutions to problems and market their solutions.

So, OBE promises high level of learning for ALL students as it facilitates the achievement of the outcomes, characterized by its appropriateness to each learner’s development level and active and experienced-based learning. Moreover, knowing that this system is going to be used would also give students the freedom to study the content of the course in a way that helps them learn it. OBE must involve administrators, educators, parents, teachers and students for successful implementation.

p/s..before and after...


PSM in progress....

Tuesday, October 14, 2008

Assalamulaikum....

Minggu ini sehingga 21hb oktober merupakan hari-hari getir dan mencabar buatku. Bahana PSM(projek susah mati) hampir kepenghujungnya. Macam-macam perasaan membelenggu diri saya. Apa yang saya harapkan projek dan kajian tesis saya akan diterima oleh penilai. Semoga rakan-rakan dan sahabat-sahabat mendoakan kejayaan saya. Kepada pelajar Sarjana Muda PTV yang akan sidang viva pada minggu hadapan, saya ucapkan all the best and good luck..

Buat bekas pelajar saya yang sedang menghadapi PMR dalam minggu ini, cikgu ucapkan selamat menghadapi PMR. Jangan cepat putus asa. Jangan biarkan kertas jawapan anda kosong. Cuba hingga ke titisan terakhir ok!!

Cukup buat hari ini.. WASSALAM...

p/s...ingat cikgu salmiah kat SMKA dulu.....

Perubahan?

Friday, October 10, 2008


Assalamulaikum....

Saya mengucapkan terima kasih ke atas pengirim komen terhadap tajuk saya yang lepas iaitu tentang dasar pendidikan kebangsaan. Memang benar sistem pendidikan di negara kita sering berubah. Namun itu biar saya memberikan pendapat saya tentang isu ini. Saya melihat keadaan ini dalam 2 situasi iaitu situasi jangka masa panjang dan situasi jangka masa pendek.

Sebelum saya mengulas tentang kedua-dua situasi tersebut, adakah kita berfikir mengapa dasar pendidikan di negara kita sering berubah? Banyak faktor yang boleh kita berikan iaitu dari segi keadaan globalisasi dunia sekarang dan pengaruh politik. Sebenarnya banyak lagi faktor yang boleh kita lihat dan analisis seperti faktor sosial dan ekonomi, namun cukup saya menerangkan tentang kedua-dua faktor yang saya beritahu awal tadi.

Dunia sekarang memaksa kita iaitu Malaysia sebagai negara membangun untuk bersaing dengan dunia luar. Kita tidak boleh membiarkan pengaruh globalisasi menyebabkan negara kita ketinggalan. Harus diingat, negara kita masih belum mencapai status negara maju. Sebagai negara membangun, kita mesti berusaha atau melakukan sesuatu agar kita kita ketinggalan jauh dengan negara-negara maju di luar sana. Jangan sesekali menyamakan sistem pendidikan kita dengan negara barat kerana keadaan sosiopolitik di negara kita cukup unik dan berbeza. Dunia yang memaksa kita berubah. Komputer, internet, multimedia, dan macam-macam lagi menyebabkan dunia pendidikan kita turut merasai tempiasnya.

Dari segi politik pula, adalah menjadi kebiasaan bagi setiap menteri pendidikan yang dilantik akan melakukan satu gagasan atau dasarnya sendiri. Jika dulu Anwar Ibrahim dengan KBSM dan KBSRnya, Najib Tun Abd Razak dengan Sekolah Bestarinya dan terbaru Hishamuddin dengan PIPP nya. Namun begitu apa yang dilakukan oleh tokoh-tokoh politik tersebut adalah memastikan dunia pendidikan negara sentiasa releven. Rancangan Malaysia melihatkan betapa tinggi nilainya sektor pendidikan di mata kerajaan bagi menghasilkan modal insan yang berkualiti pada masa akan datang. Bagi saya, setiap dasar yang dijalankan oleh sebenarnya baik dan bagus namun negara kita masih lagi lemah dari segi penyampaian dan pelaksanaannya. Seabagai contoh, jika dilihat dasar KBSM seharusnya pelajar-pelajar kita mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa tetapi ianya tidak berjaya secara menyeluruh. Satu lagi, tentang dasar pembestarian sekolah, sepatutnya pelajar-pelajar kita mampu mengekses dan mengetahui pengetahuan dan asas ICT, namun apa yang berlaku, makmal komputer tidak dapat disiapkan mengikut jadual, komputer tidak mencukupi dan sebagainya. Perkara-perkara sedemikian adalah penghalang kepada dasar yang mereka bangunkan.

Baiklah, perubahan dasar pendidikan di negara kita sebenarnya adalah memastikan hasil pelajar yang kita pada masa akan datang mampu menyumbang ke arah pembangunan negara. Walaupun pelbagai gagasan dan idea yang dilontarkan, bagi saya dasar pendidikan negara kita tidak jauh berbeza. Outputnya tetap sama. Mengahasilkan modal insan yang glokal mengikut acuan kita sendiri. Dari Penyata Razak ke PIPP, sebenarnya kita hendak pelajar kita seimbang dari semua aspek. Justeru itu, walaupun dasar pendidikan berubah, tetapi falsafahnya tetap sama. Jika kita lihat Falsafah Pendidikan Negara,

"pendidikan di Malaysia adalah usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, keterampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."
Maka, apa yang berlaku dalam dunia pendidikan kita adalah seiring dengan perubahan pada masa akan datang. Namun, bagi menghasilkan kejayaan yang total, setiap perancangan hendak diteliti dan mampu dilaksanakan tanpa sebarang kompromi. Ini kerana KEGAGALAN dasar yang dijalankan akan menyebabkan bangsa Malaysia yang menjadi mangsanya. Fikir-fikirkan.....

p/s....pikir untuk anak cucu kita...

Sistem Pendidikan Kebangsaan: Orang Melayu..

Thursday, October 9, 2008


Assalamulaikum...

Sistem pendidikan kebangsaan mengandungi beberapa unsur penting yang antara lain, terdiri daripada:

• peringkat pendidikan dari yang paling bawah ke tahap yang paling tinggi
• jumlah tempoh pengajian bagi setiap peringkat
• kurikulum bagi setiap peringkat dan jurusan
• sistem penilaian dan jenis sijil atau kelulusan yang dikeluarkan
• sistem pentadbiran, kewangan, pemantauan dan pengawalan
• latihan dan skim perguruan

Sekiranya dilihat dari segi sistem yang telah disedia dan dilaksanakan selama ini, terdapat usaha yang gigih untuk memperbaikinya dari semasa ke masa. Sekiranya ditinjau secara halus dari segi hasil dasar dan sistem pendidikan kebangsaan, seharusnya ia mampu mengeluarkan pelajar yang berilmu, bermoral (akhlaq), beradab dan bersopan, seorang individu yang boleh menjadi warga negara yang cukup baik. Namun terdapat berbagai masalah moral, disiplin dan kelemahan akademik di kalangan sebilangan besar pelajar Melayu, terutamanya dari luar bandar. Untuk menjelaskannya, biarlah saya perincikan satu persatu.

Masalah Moral

Kita ketahui bahawa falsafah pendidikan negara terkini yang telah digubal pada akhir tahun 80an mementingkan pembangunan individu secara bersepadu yang merangkumi pembangunan mental, rohani, fizikal dan psikologi. Namun kita masih lagi mendapati gejala sosial semakin merebak terutama di kalangan remaja Melayu dalam bentuk penyalahgunaan dadah, seks tanpa perkahwinan, rogol, pembunuhan, lepak, bohsia dll. Antara faktor yang boleh membendung gejala sosial yang amat ngeri dan negatif adalah memperkukuhkan akhlak dan budi pekerti yang mulia, seperti yang dituntut oleh Islam. Akhlak pula adalah sesuatu yang bukan boleh ditunjuk ajar semata tetapi memerlukan contoh dan teladan yang baik serta bimbingan yang berterusan dari rumah hingga ke sekolah dan seterusnya ke masyarakat umum. Namun peranan
sekolah di sini ialah dalam melaksanakan pendidikan moral dan pendidikan Islam.

Selain dari itu, peranan ibu bapa dan penjaga juga amat penting kerana apa yang diajar di sekolah seharusnya sama seperti apa yang dilihat di rumah. Maka peranan ibu bapa juga amat penting dalam membangunkan sahsiah individu dalam masyarakat. Satu lagi masalah yang agak besar ialah teladan yang didapati dari masyarakat sama ada melalui media massa mahu pun melalui contoh sebenar agak berlawanan juga dengan apa yang cuba diajar kepada
mereka. Konflik seperti inilah amat merbahaya sekali kerana gejala yang negatif itulah yang paling pantas ditiru, sedangkan contoh teladan yang baik amat sukar dihayati.

Prestasi Akademik

Masalah prestasi akademik di kalangan pelajar Melayu terbahagi kepada dua jenis. Pertama prestasi pelajar Melayu lelaki yang rata-rata lebih rendah daripada prestasi pelajar Melayu perempuan. Kedua, rata-rata prestasi pelajar Melayu lebih lemah dari prestasi pelajar bukan Melayu. Kedua-dua masalah ini sudah menjadi masalah kebangsaan yang akan menjejaskan kedudukan dan kekuatan orang Melayu dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan budaya. Sekiranya dibiarkan juga, ia akan merosot dan boleh menghancurkan apa juga yang telah kita bina selama ini.

Masalah Keciciran Pelajar Melayu

Walau pun kita dapat berbangga dengan pencapaian anak Melayu dalam pelbagai bidang pada masa sekarang, berbanding dengan dua dekad yang lampau, namun kita tidak patut lupa kepada pelajar yang telah gagal mendapat kelulusan yang memungkinkan mereka mendapat tempat di institusi pengajian tinggi atau pun institusi latihan kemahiran/vokasional. Pada masa ini kita dapati tidak kurang daripada 100,000 pelajar lepasan SPM yang tidak langsung berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau dalam bidang\ kemahiran supaya mereka boleh mendapat pekerjaan yang lebih baikdari apa yang boleh mereka dapati dengan kelulusan begitu rendah di peringkat SPM. Masalah yang serupa juga berlaku di peringkat PMR.

Pencapaian Orang Melayu Dalam Bidang Profesional (Iktisas)

Kita harus melihat masalah ini dengan serius kerana bilangan orang Melayu dalam pelbagai bidang professional (iktisas) masih jauh kurang dari bilangan orang keturunan lain. Tidakkah kita harus menambah bilangan ini dengan menyediakan peluang latihan yang terperancang dan mempunyai matlamat yang jelas supaya kita ketahui bila dan bagaimana kita boleh memenuhi matlamat ini.

Pencapaian Orang Melayu Dalam Bidang Sains dan Teknologi

Adalah jelas bahawa bilangan pelajar Melayu di bangku sekolah, bahkan juga lepasan SPM yang cemerlang dalam bidang sains dan teknologi amat kurang sekali. Antara masalah yang telah pun dikenalpasti ialah terlalu kurangnya guru siswazah dalam bidang sains dan matematik di sekolah peringkat menengah. Guru siswazah yang ada lebih ramai yang berkelayakan sastera (kira-kira 70 – 80 peratus). Sudah tentulah guru siswazah berkelayakan sastera tidak mampu menghasilkan pelajar yang mahir dalam bidang sians dan matematik. Sedangkan kerajaan ingin
menyediakan pelajar sains dan sastera dengan nisbah 60 : 40 antara sains : sastera. Sepatutnya kita menyediakan guru siswazah berkelayakan sains sebanyak 60 peratus dan yang berkelayakan sastera sebanyak 40 peratus.

Agama dan Pembangunan Ummah

Apa yang masih berlaku dalam pendidikan agama di sekolah, madrasah, surau, masjid dan lain-lain ialah melihat agama sebagai hanya satu ritual. Oleh itu apa yang diajar hanyalah segala yang berkaitan dengan ibadat khusus, fardhu ‘ain dan juga fekah yang berkaitan dengan hampir setiap aspek hidup. Satu lagi aspek agama yang harus diajar ialah bagaimana ianya telah mampu membangunkan masyarakat jahiliah yang begitu kuno sehingga menjadi suatu masyarakat yang begitu kuat dari segi ekonomi, budaya, politik, intelek dan lain-lain. Sudah tentu Islam mempunyai kekuatan yang amat anih dan yunik. Islam dalam pembangunan manusia harus lebih luas dan mampu mempengaruhi manusia dalam serba serbi.

Sebenarnya, nasib orang Melayu masih lagi belum begitu baik dan masih memerlukan perancangan yang rapi bagi memastikan mereka dapat meneruskan peranan dalam negara yang akan menjadi serba moden tidak lama lagi. Masalah meritokrasi, lambat laun akan kita hadapi secara berhadapan, dan bukan boleh kita berselindung di belakang kota atau dasar lain. Dari sekarang kita harus mengejutkan orang Melayu untuk bersedia menangani masalah ini pada masa hadapan. Peranan ini harus dimainkan oleh semua pihak dan bukan oleh kerajaan semata.

Wassalam.....

p/s...Melayu Mudah .....

Memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Wednesday, October 8, 2008


Assalamulaikum...

Dalam era pendidikan di Malaysia masa kini sudah banyak berubah berbanding 10 dan 20 tahun yang dahulu. Dasar pendidikan juga berubah. Ini adalah kerana pendidikan tidak dapat lari dengan kesan globalisasi. Apa yang saya ingin huraikan dan bincangkan tentang Pendidikan Teknik dan Vokasional. Saya percaya ramai yang tidak begitu faham dan tahu apa itu Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). PTV bukan hanya sekadar sekolah teknik mahupun sekolah vokasional.Ia juga bukan sekadar pusat-pusat latihan kemahiran sahaja tetapi meliputi keseluruhan aspek kehidupan kita. Ada juga yang menganggap bahawa dunia PTV itu untuk orang yang tidak berjaya, second class course dan tidak bermutu. Justeru itu, dalam memperkasakan PTV ini, dasar telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia agar dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap bidang PTV.

Dasar Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) di Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memberikan akses, ekuiti dan Pendidikan yang berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan, kebolehan, minat dan bakat dalam bidang teknik, vokasional dan kemahiran.Dalam program memperkasakan PTV, KPM berhasrat untuk melonjakkan kecemerlangan pelajar dari kumpulan ini dari peringkat awal, guru dan sekolah sehingga boleh mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia.Adalah diharapkan program memperkasakan PTV ini akan dapat mengurangkan kadar keciciran dari sistem persekolahan dan menambah modal insan yang berkemahiran untuk membantu pembangunan negara. Bagi tujuan ini, KPM telah menyusun enam strategi utama iaitu:


i. Memperkasakan Kurikulum PTV melalui lepasan sekolah yang mempunyai laluan kerjaya yang jelas dan luas, mendapat pengiktirafan kemahiran dan mempunyai nilai tambah melalui penerapan keusahawanan yang merentas kurikulum. Melalui pemantapan kurikulum PTV, pelajar akan mempunyai pelbagai kemahiran (multi-skiling). Kemahiran pelajar akan diiktiraf oleh badan professional dan Sijil Kemahiran Malaysia. Disamping ini juga 2 buah Matrikulasi Teknikal akan diwujudkan pada tahun 2009 bagi memberikan laluan ke IPT dalam bidang Kejuruteraan.

ii. Penambahbaikan Sekolah Vokasional Baru dengan 5 buah sekolah vokasional baru dibina di lima koridor ekonomi di samping 2 buah sekolah baru di bawah Rancangan Malaysia ke 9. Penambahbaikan sekolah vokasional ini memberikan peluang yang lebih ramai kepada pelajar untuk mengikuti aliran vokasional dan kemahiran. Konsep sekolah vokasional baru ini berdasarkan kepada Production Based Education atau Pendidikan Berasaskan Produksi.

iii. Aliran Asas Kemahiran diperkenalkan kepada pelajar-pelajar seawall tingkatan 1 bertujuan untuk memperkukuhkan pembangunan sahsiah dan instruksional mereka disamping memberikan pendedahan awal asas kemahiran selama tiga tahun sebelum mereka membuat kursus mengikut minat dan kebolehan masing-masing. Aliran ini merupakan alternative kepada pelajar-pelajar yang bercenderungan tinggi terhadap kemahiran. Minat dan potensi pelajar akan dibimbing serta disalurkan kepada bidang-bidang yang dapat memenuhi keperluan negara. Oleh demikian, menjadi dasar KPM untuk memberikan peluang dan ruang kepada semua pelajar mendapat pendidikan dan kekal dalam sistem persekolahan. Ini secara langsung dapat membantu mengatasi keciciran pelajar di sekolah.

iv. KPM akan meningkatkan penglibatan industri dan badan professional dalam membantu meningkatkan keberkesanan perlaksanaan PTV khususnya bagi mencapai wawasan negara dan Misi Nasional yang memerlukan modal insan berkemahiran tinggi. Antara program yang telah dirangka adalah termasuk Latihan Sangkutan Industri Guru PTV yang bertujuan mendedahkan guru kepada persekitaran kerja sebenar, mendalami teknologi masa kini yang digunakan oleh industri untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan guru.

v. Dengan adanya penglibatan industri dan badan professional, pelajar akan didedahkan konsep perlaksanaan School Enterprise yang mengaplikasikan pengetahuan pelajar dengan persekitaran sebenar supaya menjadikan mereka pelajar yang kreatif, inovatif, proaktif, berdaya saing dan berdikari (self-employment). Konsep School Enterprise akan meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam mendalami pendidikan teknik dan vokasional. Gabungan pendidikan akademik dan Latihan kemahiran juga merupakan kesepaduan ilmu yang dapat membantu pelajar menjalinkan hubungan yang rapat dengan komuniti dan seterusnya membantu komuniti menjana ekonomi setempat. Dalam hal ini, peningkatan kualiti, kerja, menjana ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia.

vi. Bagi memastikan PTV terus releven, KPM akan meningkatkan hubungan dengan institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara. IPT ini akan menjadi mentor atau paying bagi melestarikan kecemerlangan PTV terutamanya dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan perlaksanaan. Hubungan ini juga akan membantu mengembangkan potensi sekolah, guru dan murid dengan lebih optimum terutamanya dalam aspek kebitaraan( niche areas) yang berupaya menyerlahkan watak serta melonjakkan kecemerlangan sekolah yang menawarkan PTV.

Semoga dengan informasi yang diberikan, dapatlah kita memahami secara umum apa itu bidang PTV. Jadi adalah satu peluang buat pelajar-pelajar di Malaysia agar faham apa itu PTV. Jangan terlalu rendah diri. Anda seharusnya bangga dengan status anda. Buktikan anda juga setaraf dengan pelajar-pelajar di sekolah berasrama penuh dan MRSM. Kepada pelajar politeknik, kolej komuniti dan kolej-kolej kemahiran yang lain, ingatlah bahawa anda juga ada peranan dalam pembangunan negara ini. Tingkatkan kemahiran dan tambah ilmu pengetahuan anda, saya yakin anda akan berjaya.



p/s...teringin nak masuk sekolah teknik....

Kembali

Tuesday, October 7, 2008

Assalamulaikum...

Sudah seminggu saya tidak menulis dalam ruangan blog saya. Buat makluman sahabat sekian, saya baru sahaja baik dari demam. Agak tidak menyenangkan keadaan saya seminggu yang lepas lebih-lebih lagi dalam suasana aidilfitri. Saya juga tidak sempat membalas ucapan sms dan e kad hari raya daripada kawan-kawan dan anak-anak murid saya. Saya mohon ampun dan maaf.

Namun berkat doa ibu bapa dan rakan-rakan, saya sudah kembali sembuh dan mampu melaksanakan tanggungjawab saya sebagai mahasiswa. Dateline untuk PSM pun hampir dekat. Buat sahabat-sahabat sekian, saya ucapkan selamat berjaya. Teruskan usaha dan banyakkan brdoa. Kepada bekas anak murid saya yang akan menghadapi PMR, cikgu doakan all the best and good luck. Minta doa dari ibu bapa dan guru-guru. Minta ditenangkan hati dan dilapangkan dada. Insyallah, akan dipermudahkan peperiksaan anda nanti.

Sekian sahaja buat kali ini. Wassalam...

p/s...baru lepas test sistem digit....

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Wednesday, October 1, 2008


Assalamulaikum...

Pada pagi 1 Syawal ini, saya dengan rendah diri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin. Saya juga ingin memohon seribu kemaafan jika saya melakukan sebarang kesilapan sepanjang saya hidup 22 tahun ini. Halalkan makan dan minum.

Harapan saya pada bulan yang mulia ini agar kita hentikan sengkata sesama kita. Semaikan nilai perpaduan lebih-lebih lagi sesama muslim. Elakan kita melakukan perkara yang tidak diredhai Allah. Sama-samalah kita berdoa agar negara kita dalam keadaan aman dan makmur sepanjang masa. Jangan dilupakan oleh diperantauan dan orang-orang yang memerlukan. Sumbangkanlah bantuan seberapa yang kita mampu.Kepada yang hendak balik ke kampung halaman, pandulah kenderaan dengan cermat dan berhati-hati.

Semoga Syawal ini memberikan seribu cahaya kemenangan kepada setipa muslim yang bersabar,Insyallah...

p/s...Ingat arwah Atuk

Ramadhan: Malam Raya

Monday, September 29, 2008


Assalamulaikum...

Sedar tidak sedar kita sudah pada penghujung Ramadhan. Yang dapat berpuasa dengan sempurna, bersyukurlah kita. Semoga kita dapat bertemu pada Ramadhan tahun hadapan. Semoga Ramadhan tahun ini memberi signikfikan terhadap kita. Saya percaya masing-masing mempunyai sasaran atau misi tersendiri dalam bulan puasa ini. Ada yang hendak berhenti merokok, ada yang hendak diet, ada yang hendak sembahyang terawih penuh, apa-apa pun semoga usaha sahabat semua diberkati dan diredhai Allah.

Malam ini merupakan malam terakhir kita menunaikan solat terawih. Pada yang selalu istiqamah, pasti akan merindui solat tersebut kerana ianya satu-satu amalan yang hanya dilakukan pada bulan Ramadhan. Untunglah sesiapa yang tidak pernah meninggalkan solat terawih, maka rugilah sesiapa yang tinggal. Cuma saya hendak kongsika apakah perkara yang boleh kita lakukan pada malam raya selain kita berjalan-jalan, membeli belah dan sebagainya.

Ada malam hari raya, sepatutnya kita berqiamulail, membangunkan malam dengan ibadat, bukannya membangunkan malam dengan membakar lemang dan memasak ketupat serta berhibur dengan pelbagai program yang melalaikan hingga ke pagi. Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha, hatinya tidak mati pada ketika hati yang lain mati.”

Ada hari raya kita disunatkan mandi sunat Aidilfitri, makan sedikit sebelum ke tempat solat. Ini sebagai mengumumkan hari berbuka kita. Seluruh umat Islam, termasuk kanak-kanak dan wanita disunatkan juga keluar pada pagi hari raya ini bagi menunjukkan kehebatan, kekuatan dan perpaduan umat Islam. Wanita ketika keluar ke tempat solat hari raya disyaratkan tidak bersolek-solek, berwangi-wangian dan berhias-hiasan. Hanya dikehendaki bersih dan menutup aurat.

Diriwayatkan daripada Ummu Atiah bahawa Rasulullah membawa keluar anak dara, dewasa, orang tua dan perempuan yang uzur untuk solat dua hari raya. Ada pun perempuan uzur menjauhi tempat sembahyang dan mendengar khutbah. Salah seorang mereka berkata: “Wahai Rasulullah, sekiranya dia tidak ada tudung, bersabda Nabi, hendaklah seorang perempuan meminjamkan tudungnya.”Hadis ini menuntut seluruh orang Islam sama-sama mendengar dan menghayati khutbah Aidilfitri.

Nescaya itu saya menyeru kepada diri saya dan juga para sahabat agar kita penuhi malam raya kita dengan perkara-perkara yang diberkati Allah. Bawalah semangat Ramadhan ke bulan Syawal.Ok, semoga bergembira!!

p/s...teringat lagu suasana hari raya..